Tuesday, June 9, 2009
Ku ingin cari haluan...
Aku ingin berlari pulang... pulang mencari titik awal dulu.. ke mana hilang keazaman yang jitu itu.. sarat fikiran ini, adakalanya sukar diluahkan... seperti bersimpul mati... selalu kau berpesan padaku agar aku jadi kuat.. lantas itu yang aku pegang dalam kamus hidupku.. tak mungkin aku mungkir janjiku, walau beribu halangan yang melanda.. akan aku pastikan langkah ini diteruskan.. harapnya, aku tidak melangkah sendirian.. harap kau jua sudi menemani... walau bukan berjalan seiring, cukuplah hanya sekelumit doa di hati kecilmu....
Disebalik tona tidak sekata....
Ada ketika selisih pendapat....
Ada ketika sukar memahami...
Ada ketika marah....
Ada ketika menangis...
Tapi aku sentiasa percaya...
Dari situ kita lebih mengenali hati budi masing-masing...
Dan dari situ lahirnya warna-warni cinta kita...
Biar ada warna gelap..
Kerana ia memberikan tona yang indah pada abstrak yang kita lakar bersama...
Kita berdiri setelah rebah...
Barulah kita kuat dan tahu cara berdiri dengan betul....

Subscribe to:
Posts (Atom)