Thursday, October 7, 2010

KanVas Dua Jiwa


kalau benar meluahkan itu bisa membuatkan hubungan itu kembali tenang dan kasih yang pudar kian bertaut..

-adakah dengan meluahkan kita dapat membahagiakan pasangan kita...

-adakah apa yang kita luahkan mampu diterima dek akal warasnya atau hanya umpama menyimbah minyak ke atas api yang sedang marak?

sikapku adakalanya tidak dapat diterima akalmu, kata-kataku adakalanya terasa pedih di pendengaranmu...

kisah hidupku adakalanya x seperti mahumu.. keinginanku adakalanya bukan kehendakmu...

keputusanku adakalanya tidak bijak pada pandanganmu...

egoku adakalalanya bikin kau marah dan terkesan akanku...

JADI AKU HARUS BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEPERTI KEMAHUANMU?

sikapmu juga adakalanya tidak mampu diterima akalku... kata-katamu juga adakalanya terasa pedih di pendengaranku..

kisah hidupmu juga adakalanya x seperti mahuku.. keinginanmu adakalanya bukan kehendakku juga...

keputusanmu juga adakalanya tidak bijak pada pandanganku...

MALAH egomu juga adakalalanya bikin aku marah dan terkesan olehmu...

JADI SOALMU... KAU HARUS BAGAIMANA UNTUK MEMENUHI SEGALA KEMAHUANKU?

TAPI KITA PUNYA PERSAMAAN PADA SATU MATLAMAT... KITA MAHU BAHAGIA HINGGA KE AKHIRNYA


namun mampukah kita untuk bahagia jika kita tidak ada persefahaman antara kita...

perbualan yang dikatakan atas tiket perbincangan ada masanya tidak merungkai apa pun selain sesi meluahkan pandangan yang ada masanya menjadi sebuah pertengkaran..

begitukah caranya kita berbincang? kau dengan hujahmu yang relevan dan tepat pada hematmu.. dan aku dgn egoku.. ada masanya diam sahaja memendam rasa? keras hati, keras kepala atau apa juga istilah lain yang dirasakan sama maksudnya...

atau

perlukah kita meminjam waktu semalam saat semuanya manis dan bahagia untuk memulihkan segala titik-titik noda yang sudah mula kelihatan ini?

hakikatnya aku lelah mencari diri... benar banyak kekuranganku.. telah aku cuba perbaikinya.. namun saat kutebus salah lalu, muncul pula kekurangan baru... AKU HARUS BAGAIMANA UNTUK SEMPURNA DI MATAMU?

aku juga harus bagaimana untuk membuat kau senang dengan diriku? ada waktunya, aku kira lebih baik aku berdiam... takut aku kalau apa-apa pertanyaanku, salah tafsirannya... takut kalau-kalau kau marah dan berlalu begitu sahaja... aku takut dan tak mahu...

takut kalau kau rasa terpaksa lantas memanggil aku dengan panggilan nama atau paling tidak keluar perkataan carut marut dari bibirmu.. aku takut dan tak mahu mendengarnya kerana ia bisa buat aku sakit.....

namun ada saatnya aku terlepas juga... soalanku yang bertubi-tubi, buat kau rimas... aku tahu itu...

sekuat mungkin aku cuba memberi ruang... walau terkadang ruang yang kuberikan, mungkin tidak disedari kewujudannya.. apa dayaku menjelaskan lagi........ MAAFKAN AKU...

jujurnya, ada masanya aku terasa bodoh di depanmu... aku hilang kata-kata dan hujahku sendiri... lalu ia terzahir dgn linangan air mataku... bukan aku marah mahupun protes, cuma aku kesal... kenapa aku tidak mampu berlaku jujur dengan diriku sendiri....


CUMA SATU, andai takdir Tuhan, luka itu menjengah kita... aku ingin kamu tahu..


aku bahagia sekali diberi peluang buat mencintai kamu setulus hatiku.. aku bangga sekali kerana namaku pernah meniti di bibirmu.. bahkan aku senang sekali kerana pernah membuat kau tersenyum dan bahagia....

terima kasih atas semuanya... terima kasih untuk kesekian kalinya....

Insya-Allah, andai jodoh itu milik kita, Tuhan pasti menjaga hati kita berdua... kerana aku yakin, Tuhan itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita walaupun ia menyakitkan....

Tuesday, October 5, 2010

benarkah?

tiada ayat yang ingin dikongsikan.. hanya sebuah persoalan yang tersimpan di ruang hati...

".... benarkah apa yang dikatakan benar itu adalah benar?"

kata orang, dalam dunia serba canggih hari ini, manusia yang penuh kejujuran dan bersikap benar sentiasa itu jarang sekali ditemui... dan kalau ada pun, ia bukanlah diaplikasikan 100 peratus dalam kehidupannya... benarkah begitu?

Tuesday, September 14, 2010

Kau kuatkanlah....


ku anyam bait cinta... biar ia kukuh dan tidak mudah putus...
kucuba usir resah dan gelisah biar ia tidak membarah...
kucuba...

kucuba lagi jgn ada curiga meracun jiwa..
namun terkadang berjaya juga ia mencengkam sanubari ini...
ya Allah ku bermunajat padamu Tuhan...
jangan Kau rampas kepercayaan yang kusemai...
jgn kau bayangi aku perkara yang tidak-tidak...

walau aku cuba menghindar dari rasa dan luka lalu...
namun ia kerap kali juga datang sehingga aku jadi marah...
marah pada pengkhiatan mereka...
sehingga buat aku sukar menerima hakikat pada hari ini...

ya mungkin juga..
kerana sedikit kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini..
ia bagai menjadi petanda aras yang sepatutnya tidak wujud...

ya Allah...
Kau bimbinglah hatiku jgn terpedaya dari godaan nafsu dan syaitan..
Kau peliharalah ia dari menjadi buta hati..
Kau kuatlah ia agar menjadi seteguh cinta Zulaikha kepada Nabi Allah Yusuf alaihissalam...

Amin....

Monday, September 13, 2010

TiaDa TaJuk.. Rasa Jiwa YaNg MaTi

mengapa perlu dizahirkan kekecewaan saat ia mampu disimpan? perlukah ditunjuk rasa yang bergejolakan sedangkan ia nafsu semata yang sifatnya hanya sementara sebelum lenyap disimbah kesabaran...

apa perlunya menitiskan air mata dibirai katil saat sendiri kalau ia hanya menambah runsing di hati? adakah ia cara meluah rasa berbuku di hati?

namun tidakkah hipokrit kalau begini? diam apabila jiwa berteka-teki walau hati bagai dihiris belati? atau bertarung dengan persoalan demi persoalan walau jawabnya, bukan yang diminta... kau persoalkan pula... adakah jawapan atau pemuas hati yang dicari?

hakikatnya keduanya juga bukan... yang dicari adalah sekelumit kejujuran..

kalau kuluahkan dapat ku baca gerak hatimu, pasti ku dicerna penuh syakwasangka.. kalau kubaca sms mu, pasti ku kau kata mencampuri urusan privasymu... kalau kutanya soalan lain dr biasa, katamu soalan ku aneh dan luar biasa (pelik2)... (adakah benar aku manusia yang pelik kerana mengambil tahu demi kesejahteraanmu?)

aku akui manusia itu sifatnya tidak sempurna.. tidak juga aku mengharapkan kesempurnaan darimu... malah aku juga tidak sempurna.. malah tidak mampu menjadi sempurna di matamu seperti mana yang kau impikan.. dan aku juga tahu, kau juga tidak mampu utk berbuat itu demi memenuhi kehendakku...

- wanita ini halus nalurinya (walau ada masanya ia didorong curiga)

- wanita ini sebenarnya lebih sabar dari lelaki walau sejauh mana lelaki itu mengatakan dia sabar

- wanita sebenarnya lebih kuat menyembunyikan perasaannya walau ada masanya dia suka meluahkan

- walau bukan dengan kebendaan dan keringat, wanita itu sifatnya penuh dengan pengorbanan....

-------kata-kataku ini sekadar luahan... namun kuharap ia tidaklah dikesampingkan...

- jgn terlihatkan seperti aku yang meminta kalau kamu memang ingin memberi...

- jgn juga jadikan keinginanmu.. namun perbuatannya bersandarkan diriku... KERANA ruang keikhlasan itu harusnya datang dari hatimu dan disusuli oleh perbuatanmu.. (walau aku jujur menyukainya, namun terdetik juga rasa kecewa....)

- jgn juga kau jadikan kekuranganmu sebagai kesilapanku apabila bibirku lancang bertanya itu dan ini...

bunyi zalim dan mementingkan diri sendiri kerana yang ditegur hanya kau.. yang kurang hanya kau...

suka aku nyatakan di sini, aku juga penuh kekurangan...

aku gagal mengawal emosi bila aku kecil hati, aku mudah terdorong dengan rasa amarahku bila ia melibatkan soal keinginan dan hakku.. aku mudah curiga (itu katamu.. walau ada masanya aku kira, firasatku jarang membohongi aku),aku sering mahu menang kata kau (walau aku sendiri hairan, banyak kali juga aku mengalahkan? mungkin kau tidak sedar), aku sering terburu-buru dalam membuat keputusan, aku sering mengadu walau hal kecil, aku sering merajuk kalau keinginanku tidak dituruti walau sifatnya hanya sementara, aku sering mahu dimanja walau tidak kena masanya... dan banyak lagi kekurangan yang terlupa utk aku catatkan

Wednesday, August 25, 2010

KasiHku Tak KaN BeRuBaH...


Jangan kau hilang punca dan mudah lupa..
Jangan kau gusar lalu berubah...
Jangan kau kecewa pantas mencari damai seketika..
Jangan kau bersedih dan terasa pedih..
Jangan kau putus asa kemudian menyerah...
Jangan kau rasa dilukai meski kau sakit...
.......... jangan kau..

Aku mahu kau yakini dirimu dan tidak hilang punca...
Aku mahu langkahmu yakin tanpa rasa gusar...
Aku mahu kau capai impianmu tanpa merasai erti kecewa
Aku mahu kau gembira dan tidak mengenal sedih...
Aku mahu kau kuat dan tidak berputus asa...
Aku mahu kau rasa dicintai dan bukan dilukai....
.......... aku mahu

"Jangan kau" bersedih sayang KERNA
"Aku mahu" menyatakan sesungguhnya aku benar2 menyintai kamu setulusnya hatiku...

Sunday, August 8, 2010

luka...

jgn kau khianati hatiku.... kerana ia akan hancur tanpa bisa kau rawatnya lagi.......

Wednesday, July 28, 2010

Biar Ku Bukukan Ayat-ayatmu....


Terpaku aku seketika mendengar butir bicara... penuh pengertian nan mendalam... tutur kata azimat, peniup semangat... aku kagum...

Yang lahir hanya ketelusan... bunyinya langsung tidak janggal mahupun aneh.. kata-kata itu berdiri dengan hujahnya yang tepat...

Aku kagum..

Mahu sahaja kurakam semuanya agar bisa ku ulang tayang di masa hadapan.. agar bisa aku tunjukkan pada anak-anak kita nanti...."lihat, ayah kamu romantis dan penuh pengertian.."

Ya, mungkin juga tidak... pesanan itu pantasnya aku semat di hati dan cuba mengaplikasikannya terlebih dahulu untuk diriku...

Tidak perlu ia dijadikan sebagai monumen sejarah.. biar aku sahaja yang jadi model "pengajaran" yang kau berikan itu... aku rela dieksperimenkan... menjadi kanvas putih untuk kau corakkan parasnya..

Kerna aku yakin... kau pasti tidak bakal mencacatkan keputihan ini.. apa lagi menumpahkan tompok hitam noda secara sengaja.. aku kenal kamu... malah aku yakin!

- sayangilah orang tua kita selagi mereka masih ada... lakukan apa yang terbaik untuk mereka.. jangan sampai ada penyesalan kemudian hari...

- balik kampung kalau ada masa... jumpa orang tua selagi mereka masih ada...

- jangan pentingkan diri sendiri... jangan terlalu menghukum seseorang seumpama kita dewa yang tidak akan melakukan kesilapan serupa...

- jadilah manusia yang lebih bertanggungjawab... kerja itu sesuatu yang diamanahkan untuk kita.. maka itu adalah tanggungjawab kita..

- jangan dicampur-adukkan hal kerja dan peribadi...

- jangan campur politik di tempat kerja...

- bersyukur dengan apa yang diberi...

- "Zulfa satu realiti, awak umpama bayang-bayang, dan Rahman umpama bau.... Awak patut bersyukur.. Zulfa memang satu realiti... walau terlindung akan tetap kelihatan... tetapi awak hanya bayang-bayang... apabila ada sinar matahari,maka bayang-bayang pun akan kelihatan.. tapi kalau bau... orang hanya dapat menghidu baunya sahaja... nak disentuh x dapat.. apatah lagi untuk dilihat..."

- tak semua yang kita nak, kita akan dapat...

- ambil masa untuk muhasabah diri sendiri..

Kalau hendak kurakamkan di sini.. rasanya aku tidak punya kemampuan itu.. biar ia kekal di dalam hati... bukan untuk dijadikan sebuah memori.. tetapi untuk diingat dan dipraktikkan selagi punya keupayaan...

Monday, July 5, 2010

Pernahkah Kau Rasa Apa Yang Kurasa............

Pernahkah kau terfikir berapa dalam cintaku? Atau sesekali berenang ke dasar hatiku melihat di mana letaknya namamu... ya...mungkin ia tidak pernah tercapai dek akalmu... atau mungkin cara kau menghargaiku tidak sama dengan cara aku menghargaimu...

Kau sering mengatakan bahawa lambang cintamu itu lebih pada perbuatan... ya, dan aku.. nilai cintaku ialah pada hati... di mana kau aku letakkan pada suatu sudut, jgn ada siapa merosakkan kau.. akan ku jaga kau sehingga ke akhir hayatku...

Ya, kita manusia berbeza.. seringkali kau katakan, perbezaan itu yang menyatakukan kita.. tapi mungkin juga kau terlepas pandang..

Perbezaan itu juga adakalanya buat kita sakit... perbezaan itu buat kita marah.. perbezaan itu buat kita berkecil hati.. dan ada juga masanya perbezaan itu buat kita mahu melafazkan kata "cukup!".....

Termenung aku seketika di ruang malam yang kabut, memerhatikan diri sendiri yang sedang berteleku.. mengapa wajahku kusam dan mukaku sembab? Mataku merah bagai saga... kenapa ada titis air mata yang mengalir... bukankah ini pilihanku? aku tidak pernah sesal tentang pilihanku.. cuma entah mengapa, aku termenung di birai katil begini.... kecewakah aku?

Aku teringat kata mak... perempuan itu umpama halusnya kulit mentimun... digolek terluka, menggolek pun terluka... justeru mengalah lebih baik... benar, kata mak ada betulnya.. malah kata kau juga,tak kan semua benda hendak kita pertikaikan, ada masanya perlu bertolak ansur, 'bersikap lebih kurang' katamu...aku akui bertoleransi itu bagus untuk sesebuah hubungan..

Malah aku kira aku juga masih bertoleransi dalam banyak perkara... cuma ada perkara pada asalnya aku membantah,kemudian baru bersetuju... ya, itu perkara biasa.. sekurang-kurangnya aku tidak hipokrit, di luar cakap ya tp dalam memberontak...

Cuma kini, rasanya aku bagai terlalu baik... selalu mengalah dan memberi ruang.. walaupun tembok kesabaranku ditumbangkan, aku masih bisa tersenyum... aku masih bisa kembali ketawa bagai tiada duka.... mengapa aku jadi begini? lupakah aku pada prinsip?

Mungkin untuk menjadi manusia keras seperti dulu, aku sudah tidak mampu.... yang termampu kini, berdoa dan berdiam diri... semoga suatu hari nanti, kamu temui sinar yang akan menyuluh perjalananmu.. dan aku, mungkin bukan insan selayaknya untuk membantumu..............

Saturday, May 22, 2010

Anggap Ruang Itu Hanya Barang Yang Dipinjam....


Melepaskan kamu melakukan apa yang kamu rasakan sebagai keperluanmu, (aku perlu...)

Menghalang kamu dari pergi lebih jauh, (itu juga aku perlu...)

Di suatu ruang, aku hanya mampu memerhatikan tingkahmu... should I blame my self?

Memberi peluang pada suatu perkara yang tidak disenangi, hakikatnya bukan mudahkan?

Apatah lagi jika ia melibatkan org yang kita sayang... kamu bukan anak kecil yang bisa aku jegilkan mata dan kamu akan berhenti dr melakukannya...

Ahhh ada juga budak kecil yang nakal kan? makin disekat makin menjadi... hmmm

Tapi kamu bukan budak kecil lagi kan sayang?

Kamu cukup dewasa, malah cukup matang dalam menilai apa yang aku perkatakan...

Ruang itu hadiah sementara cuma... yang akan kutarik cukup masanya nanti.. biar aku digelar buruk siku sekalipun, aku x mungkin kesal...

Kerana aku mahu yang terbaik utk kamu, maka sanggup aku ketepikan seketika rasa benci itu... bukan aku tidak sakit... hakikatnya jiwaku merintih......

Kalau ini yang dipanggil pengorbanan, memang rasanya sakit...

Sakit seperti mahu lari dalam hujan dan menangis.. semoga tidak ada yang sedar aku sedang menangis.. kerana di langit, guruh berdentum, bunyi raunganku pasti x kedengaran... air mata yang mencurah juga, sama lajunya dengan air hujan yang menitis di pipi.. alangkah mudah begitu!

Jangan kau kesalkan apa sahaja hasil tulisanku ini, ia hanya luahan hatiku sendiri.. jangan rasa serba salah dan simpati, atau terdetik rasa kecewa buat aku sakit..

Cuma ingat, aku lepaskan kamu dgn syarat, syarat itu yang perlu kau kotakan....

Friday, May 21, 2010

HaKiKaTNya... KitA MemanG BeRBedA...


Percaya atau tidak, kita dua manusia yang sangat berbeza walaupun dalam hati ada cinta?

Langkah kita kadang-kadang sama, kadang-kadang seorang di depan seorang di belakang...

Makanan kegemaran kita, ada masanya sama, tapi kadang2 kita makan je apa yang ada kat depan mata sebab malas nak memilih.. (kita tak cerewet langsung pun pasal makanan sebenarnya)

Aku suka sayur kobis, Kamu? memang tidak! kamu akan asingkannya ke tepi...

Aku tidak suka dating ramai2, tapi kamu suka plak nak panggil org join kite punya dating.. (hmmm ada masa2nya ok la.. tapi kekadang tu x kena masa kot, last minutes plak tu kan)

Warna yang aku suka, belum tentu kamu suka, dan warna kegemaranmu pun x semestinya aku suka.. (tapi selalunya aku suka dengan warna selendang yang kamu pilih untukku... it's soooo nice and suit with me....)

Aku paling suka bermain dengan ayat, tapi kamu paling suka dengan angka....(itu memang kita x sama langsung)

Aku suka jalan2 pada waktu malam, kamu pula hanya suka diam2 sahaja di rumah....

Aku mesti menangis kalau aku bengang, minta dipujuk.. tapi kamu pula kalau merajuk, diam kelu x berbahasa.... dan tidak suka dipujuk

Aku suka jazz tapi kamu suka vocal trance... (ada la jugak trance yang aku suka, tu pun kamu juga yang ajar aku, kalau x memang aku xkan dgr la lagu macam tu)

Aku suka Clorect/mentos tapi kamu memang penggemar tegar Halls...

Aku kalau boleh asik nak tengok movie kat cinema coz kalau citer tu 3jam, 3 jam aku betul2 dekat dengan kamu tanpa berganjak, tapi kamu lagi suka tgk dvd.. (walaupun kamu memang kena ikut kehendakku sekarang.. tapi dont wori ek, dah kawin kang, jarang2 dah kita g tgk movie.. hehehe)

Kamu memang suka main game (poker, fishville, roller coaster UK.. dan apa ntah lagi la), aku memang x berapa nak suke.. huhuh.. sebab xde masa pun nak main...

Kamu suke karaoke... aku? nehiiii babuji....

Paling ketara, aku suke politik (memang wajib kena suka, becoz that was my job for the time being)... dan kamu PANGKAH politik... huhuhu

Aku giler tak tetap pendirian kalau g shopping, lain yang aku plan, lain lak yang aku beli.. dan kamu memang x, kalau A, A lah yang kamu nak bawak balik (dan selalunya kamu lah yang menjadi shopping planer aku)

Aku kalau nak fokus pada something cth exam or keje, aku akan duk diam2, study sorang2, bangun time pagi2..xnak diganggu, malas nak makan, kene settle kan semua dulu baru makan tapi caramu totally lain dgn aku.. TOTALLY k!

Kita umpama fillet o fish dan ayam goreng mcd... satu lembut, lemak dan masin.. manakala satu lagi, rangup dan pedas.. kita sama sekali tidak 'sebulu'

Hakikatnya, dalam ketidaksamaan kita... dalam kita punya kelebihan dan kekurangan masing-masing... aku selalu +ve dan menganggap perbezaan itu yang menyatukan kita tapi ia BUKAN utk semua PERKARA..

Harus diingat, perbezaan = jurang......... jurang = jauh...

Sekian

Sunday, May 16, 2010

Kau buat aku rasa sakit...

Kekecewaan ini buat aku sakit... kaki yang melangkah bagaikan longlai dan hilang arah.. aku jadi kelu dan buntu.. jgn persoal kemana kakiku ini melangkah!! biarkan!!!! aku mahu sendiri di hujung sana... usah tanyakan khabarku... aku akan kembali bila sampai masanya aku kembali.......

Aku sakit... jgn tanya knp aku sakit.. kerana aku memang sakit.. kau buat aku sakitttt!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 11, 2010

bagaimana?

tidak bisa aku jadi manusia yang tidak kisah.... lalu bagaimana?

Sunday, February 28, 2010

Bukan mudah.. namun pasti ada jalan......

lewat begini mata masih mahu lelap....... asalnya aku telah menarik selimut.. namun demi kerana berkali-kali terpusing ke kiri dan ke kanan, aku bangun semula.. perut ku berbunyi minta diisi sesuatu.. aku ke dapur, membancuh milo panas dan kini, aku menikmatinya sambil menulis post ini....

apa yang berlaku sepanjang minggu ini bermain di ruang mindaku.....

ya.. kehidupan ini bukan semudah menghafal ABC apabila ketika itu usiamu sudah 18 tahun.. namun hidup ini ranjaunya tanpa dapat kau duga... ia bukan seperti soalan matematik yang boleh kau jawab dengan menggunakan rumus-rumus tertentu... HIDUP, ada masanya senang, ada masanya rumit, malah ada masanya, kamu sendiri tidak mengerti apa perasaanmu ketika itu.... itulah namanya kehidupan... SEMUANYA SUBJEKTIF....

aku kira aku bukan pendengar yang setia... ada ketikanya aku berani membantah bila kurasakan ada yang perlu diperjelaskan melalui perspektif yang berbeza.. itulah aku dan aku tidak mampu untuk menjadi orang lain.. aku tidak mampu untuk menjadi seorang yang hanya perlu mendengar dan mengangguk... cuma... terpulang sama ada pandangan cetekku mahu didengar atau sebaliknya.. kerana pandangan itu hanya percuma dan untuk mengutarakan... takut ada yang terlepas pandang.. itu sahaja...

cuma aku pasti, walau sesukar mana perjalanan ini... langkah pasti diteruskan.. namun ia bukan langkah yang sama seperti semalam lagi.. biarlah langkah itu lebih berani namun tetap hati-hati...

* maaf kerana aku tidak pandai menyejukkan hati apatah lagi memujuk org yang gelisah... namun yang pasti, hati ku sentiasa mahukan yang terbaik buat org sekelilingku............

Sunday, February 14, 2010

....tetiba aku teringat sesuatu yang menyakitkan hati!!

Duduk diam dalam dinding empat penjuru yang dipanggil opis ini ntah kenapa mengingatkan aku pada satu peristiwa....

kejadian ni dalam tahun 2008, petang itu aku tidur dgn lenanya.. . kebetulan aku cuti hari tu.. telefon aku tetiba berdering mengejutkan aku dari tdo.. rupanya seseorang yang aku kenali di talian.. tp wrong timing la! aku ngah nyenyak tdo!!! sakit ati tul!!!

"sal buat apa?" soalan itu yang diajukan kepada aku.. adoi jenuh betul nak menjawab dan rasanya aku muak kot nak menjawab soalan pada manusia yang x reti bahasa macam ni...

"tdo!" jawabku ringkas....

"apa tdo siang ni.. kang gemuk" kata lelaki yang menjengkelkan tu... (sakit betul ati aku ngan lelaki yang x pandai nak jaga perasaan pompuan.. xtau ke pompuan paling sensitive ngan perkataan gemuk!!)dah la kacau tdo aku!

"saya suke gemuk!!!" jawab aku ngan perasaan sakit ati dan malas nak melayan.. dah la ko col aku time aku ngah sedap mimpi... eh ko nak ape hahhhhh?????

" ala.. jgn la cenggitu.. kang gemuk dah x comel.." eeee geli geleman lah aku!!!! plz laa!!!!

" xpe x comel pun.. ada apa col ni?" aku dah berkire2 nak letak fon.. bad mood tdo aku diganggu ngan col and soalan bongok!

" alaaa dah x nak cakap ngan abg ye?" ohh damn!!! sakitnya ati aku!!!! apa yang jantan ni merapu ni???????????

" eh plz la.. jgn merapu boleh x.. kalau ngengada saya letak fon! nak tdo!!" aku dah tahap hangin ni...

" ala sal... jgn la marah.. abg col nak ajak kuar.. jom kuar sal.. makan2.. tengok wayang... x pun shopping.. abg belanja... jom la"

" x pe la... ngantuk la bang..saya nak tdo... lain kali!" sebenarnya aku xnak!!! lain kali pun xnak!! tolong la paham bahasa!

" alaaa duk umah pun wat pe.. tdo je kan.. menggemukkan badan je.. hehehe.. jom la sal... abg kira 1 2 3... cepat2" oiiii mangkuk!!!!! ko kire la sampai 8 juta kali pun!!! aku x nak la!!!!!

" plz la.. saya ngantuk! lain kali k ! saya mmg suke gemuk... ok lah, bye!" click!

terus aku letak tepon ngan perasaan bengang!!!!! dia col lagi 3 kali dan mati lah!! xde maknanya aku nak jawab!

ni lah dia perangai lelaki yang aku paling menyampah! gatal satu hal laaa... menggedik nak ajak awek org kuar walaupun sendiri dah ada awek... (time ni ex's aku outstation) yang paling aku bengang tu sebab dia dah kacau aku punya tdo.. aku ni dah la susah nak tdo dan kalau dah sedap tdo pun, ada bunyi ckit pun melintas kat telinga aku..onfirm aku terjaga.. babun!!

ayat konon2 macam concern laaaa...."apa tdo siang2 ni?" dengan harapan ayat tu boleh menundukkan aku laaa.. ceh nampak sgt ko ni xde kesedaran sivik pasal pompuan... tapi aku leh terima lagi laaaa ayat tu.. leh la bagi 0.001 markah tapi ayat selepas tu yang membuatkan ko gagal 500% apabila ko cakap "kang gemuk".."kang gemuk x comel"... ohh itu memang makan ati beb!! memang makan dalam dan terus tersentap!!!

* bukan sebab apa pun aku post entry ni... cuma tetiba teringat dan untuk peringatan!! kadang2 lelaki ni.. dia igt konon2 ayat dia tu nampak ala2 concern gitu padahal penggunaan tu x bertempat dan nampak sgt x efisyen ye!!!

* conversation di atas telah di edit sebab aku pun lupa gak beberapa ayat lagi tapi ayat yang aku quote kan kat atas tu mmg tepat dan betul k!

sekian terima kasih!

Thursday, February 11, 2010

BILA SUNYI DATANG........

KALAU BISA DILAKAR PELANGI DI DINDING HATI....
AGAR KECERIAAN TERUS SIRNA.......
PASTI AKU MANUSIA PALING BAHAGIA...

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang (version 2) hehehe




Happy Birthday Beb... Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu... Sayang awak sgt..

Thanks to all staff Good ol' Happy Days Diner @ Taipan USJ for the surprise birthday song to my beb... makanan best walaupun x abis and the cake sooooo yummyyyyyy.. i like...hehehe.. tapi muka beb memang nampak sgt terkejut bila staff2 kat ctu berkumpul dan nyanyi lagu birthday utk dia.. act aku pun terkejut.. xyah nak suruh2.. bagus2.. hehehe..tapi muka beb mmg kelakar giler.. lol! hehe

Luv U sayang... selamat hari tue... ahaks

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.....



Hujan lebat mencurah2 di luar.... aku sudah siap dan hanya menantikan beb datang menjemput aku utk makan malam istimewa kami.. esok birthday beb... selamat hari jadi sayang... semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya... act xtau nak belanja awak makan kat mane la sayang.. hope awak yang decide sebab awak kan birthday boy... hehehe

Beb....
Hmm terbiasa betul aku dgn nama itu sehingga x mampu utk menukarnya dgn nama lain... even masa dia saje2 suruh aku panggil dia 'yul' pun aku xleh nak wat.. hmm terasa macam kurang ajar dan x respect lak rasanya kalau aku panggil 'yul' tu.. padahal 'beb' juga sebenarnya hanyalah panggilan sewaktu kami hanya kawan.. aku panggil dia beb, dia pun panggil aku beb dan bila dah bercinta.. beb tu macam dah bertukar maksud lak.. macam dah bertukar ganti nama yang bermaksud 'sayang' or 'dear'.. hmm pelik betul.. hahaha.. tu bagi aku la... xtau lak aku definasi beb tu pada dia..

Meski apa pun juga tafsiran di sebalik nama beb, apa yang penting pada aku hanya perasaan ini yang begitu menyayangi dia... perasaan sayang yang membuat aku buta pada cinta lain... apa yang aku tahu hanyalah aku mahu membahagiakan dia selagi hayatku ada.. aku mahu dia bangga kerana memilih aku dalam hidup dia.. dan aku mahu dia mengenang aku dgn perasaan bahagia juga andai kami ditakdirkan utk tidak bersatu...

Cinta ini buat aku percaya, ada hikmah disebalik perpisahan lalu.. dan kamu adalah hikmah itu... kamu cinta yang kugilap dan kini cahayanya terang.. kamu cinta yang kujaga dgn hati tanpa perlu menjadi org lain.. kamu cinta yang kusanjung sehingga aku kenal erti beralah dan penuh sabar... kamulah org itu sayang.. SELAMAT HARI LAHIR.. SAYANG KAMU SELAMANYA............

Friday, January 22, 2010

...............luka jiwa...

luka itu...
torehan dr belati tajam...
menghiris tanpa belas...
meski sedikit..
tujahannya dalam...

luka itu...
luka dalam...
tanpa darah tapi sakit...

jgn tanya aku itu luka apa...
itu luka jiwa...
luka yang mematangkan diri...
luka yang mengajar letak sedikit benci dalam perasaan sayang...

luka itu...
bisa buat aku nangis tanpa air mata....
luka itu bisa buat aku marah tanpa maki dan cerca...
luka itu bisa buat aku merekahkan bibir tp bukan senyum...
luka itu bisa buat aku tidur mati tanpa hati mahu bangun lagi....
luka itu bisa buat aku tidak peduli...

jgn kau cuba pulihkan luka...
jgn kau cuba ubati dengan kata...
jgn kau cuba simbah ia dengan air...
hatta jangan kau bawa iodine bersama pembalut luka...
KERANA...

ini luka jiwa...
tiada apa bisa pulihkannya..
walau masa meninggalkan kita.............

............. masa yg berlalu...

masa yang pantas berlalu tanpa menunggu.. membuatkan aku x berpeluang untuk mencatat apa yang berlaku akhir2 ini.. semuanya berjalan spt yang dirancang... Alhamdulillah... walau ada yg datang tanpa dsangka... namun masih dpt kukawal...

beb ngan bizz makin ok... dah mula sebati aku kira ngan jiwa dia skrg ni.. dan aku juga makin sibuk ngan keje... and 1 more aku dah cari presenter for majalah selangor skrg.. apa yang penting, aku nak dapatkan sebanyak mungkin ilmu kat tv s ni..