
Hujan lebat mencurah2 di luar.... aku sudah siap dan hanya menantikan beb datang menjemput aku utk makan malam istimewa kami.. esok birthday beb... selamat hari jadi sayang... semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya... act xtau nak belanja awak makan kat mane la sayang.. hope awak yang decide sebab awak kan birthday boy... hehehe
Beb....
Hmm terbiasa betul aku dgn nama itu sehingga x mampu utk menukarnya dgn nama lain... even masa dia saje2 suruh aku panggil dia 'yul' pun aku xleh nak wat.. hmm terasa macam kurang ajar dan x respect lak rasanya kalau aku panggil 'yul' tu.. padahal 'beb' juga sebenarnya hanyalah panggilan sewaktu kami hanya kawan.. aku panggil dia beb, dia pun panggil aku beb dan bila dah bercinta.. beb tu macam dah bertukar maksud lak.. macam dah bertukar ganti nama yang bermaksud 'sayang' or 'dear'.. hmm pelik betul.. hahaha.. tu bagi aku la... xtau lak aku definasi beb tu pada dia..
Meski apa pun juga tafsiran di sebalik nama beb, apa yang penting pada aku hanya perasaan ini yang begitu menyayangi dia... perasaan sayang yang membuat aku buta pada cinta lain... apa yang aku tahu hanyalah aku mahu membahagiakan dia selagi hayatku ada.. aku mahu dia bangga kerana memilih aku dalam hidup dia.. dan aku mahu dia mengenang aku dgn perasaan bahagia juga andai kami ditakdirkan utk tidak bersatu...
Cinta ini buat aku percaya, ada hikmah disebalik perpisahan lalu.. dan kamu adalah hikmah itu... kamu cinta yang kugilap dan kini cahayanya terang.. kamu cinta yang kujaga dgn hati tanpa perlu menjadi org lain.. kamu cinta yang kusanjung sehingga aku kenal erti beralah dan penuh sabar... kamulah org itu sayang.. SELAMAT HARI LAHIR.. SAYANG KAMU SELAMANYA............
No comments:
Post a Comment