Friday, December 4, 2009
Counting................
semoga jerih payah dan segala pengorbanan x kan menjadi sia2...
gudluck to both of you guys....
Tuesday, December 1, 2009
aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..............................
Monday, November 30, 2009
Terpaksa tp Akhirnya Suka...........
aku ni pada zahirnya memang nampak keras, aku x malu menunjukkan aku x suka, ada ketika aku diam menunjukkan protes, ada masanya juga wajahku kelat tanpa secalit senyuman...
namun aku tetap wanita yang halus hatinya... yang mudah marah, mudah juga reda.. yang mudah merajuk, namun cepat tersenyum kembali, yang cepat bertindak terburu tapi cepat menginsafi...
aku wanita itu, yang mula jatuh hati dgn keluarga kecilmu dalam keterpaksaanku menemui mereka.. hakikatnya bukan terpaksa maksudnya aku tidak suka.. cuma ada sekelumit perasaan malu di hatiku.. mungkin kamu faham, tapi kamu mahu aku membiasakannya...
terima kasih kerana memaksa aku... kerana akhirnya aku suka dgn keluarga kecilmu itu... kalau kamu tidak memberi peluang itu, mustahil sekali aku dapat mengisi masa senggangku dgn adikmu.. berjalan2 kemudian menonton wayang d klcc... dia manis orgnya walaupun agak keras.. teringat aku dulu.. rasanya sebaya itu, aku juga keras seperti adikmu.. cuma dia lebih naif berbanding aku... hehehe.... gadis yang hidup di kuala lumpur tapi tidak pernah diberi peluang menonton walaupun berusia 16 tahun... bagiku dia sgt naif... tapi aku suka, dia keras tapi ada lembutnya.. buktinya melalui sms2 yg dihantarnya pada ku....
ibu dan ayahmu juga sgt perhatian orgnya.. syukur... walaupun ini bukan kali pertama bertemu mereka tapi kali ini, aku lebih selesa dan banyak berbual dgn mereka... hampir juga tersasul aku memanggil ibumu dgn panggilan "ibu".. nasib baik segera kutahan dari melepasi bibirku.....
thanks beb.... krn memberi penghargaan mengenali ibu, ayah dan nurul.....
Wednesday, November 18, 2009
kamu dan cita2 gilamu............
aku kenali kau seorang lelaki yang penuh dengan cita2. malah kau sentiasa bekerja keras utk cita2mu.. kau bekerja dan belajar waktu itu.. aku kagum dengan kau... masa utk kau berehat sgt terhad.. tapi kau curi2 juga utk date dgn aku.. heheh... itu aku tahu... manis sekali saat itu.. namun di hatiku terdetik, kesian kau.. kau hanya ada satu jasad, tapi terpaksa mengagih-agihkannya untuk banyak perkara...aku tahu kau juga penat namun kau jarang sekali merungut ketika aku minta kau temani aku ke mana-mana.... tq beb kerana dalam tempoh setahun itu, kau memberikan sepenuh masamu utk aku....
dan kini kau sibuk dgn cita2 gilamu.. kenapa mesti aku katakan ia cita2 gila.. kerana kau melakukan sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal fikirku.. suatu ketika dahulu, aku kira kau akan terus dengan dunia engineeringmu, tapi tak kusagka kau singgah ke dunia perniagaan yang kau sendiri tidak ada pengalaman itu... kau kata, kau berani menanggung risiko itu.. aku diam seketika... kau dan rakan karibmu, syauki, buat aku gila seketika.. apatah lagi, ini semua ideamu....
saat itu, yang terdetik di hatiku, cuma kerisauan... memulakan sesuatu yang baru ini, bermakna kau mencagarkan masa depanmu, kau akan kehilangan pekerjaanmu, kau menangung risiko dalam persahabatanmu kerana menjadi rakan perniagaan, kau terpaksa berkejar dgn masa,jauh lebih hebat dari setahun yang lalu.. aku khuatir kau tak mampu melakukan yang terbaik dalam hidupmu....
tapi kau yakinkan aku.. katamu kau yakin dengan usahamu.... tidak ada apa2 buruk yang akan berlaku melainkan kau meminta aku memahami, kau mungkin tidak akan punya masa yang lebih untuk aku lagi...waktu itu, entah kenapa aku rasa sedikit terkilan... padaku, semuanya masih belum berlaku, kenapa perlu menakutkan aku?
kini, setelah beberapa bulan bermula, dan esok perniagaanmu akan bermula.. benar katamu, kalau tidak mencuba, kita tidak akan tahu apa hasilnya.. dan aku melihat sendiri hasil kerja kuatmu selama ini... tahniah sayang kerana berjaya dalam cita2 gilamu ini...
aku mungkin bukan manusia yang terlalu tabah untuk menahan kesunyian ini.. namun demi kamu dan cita2mu untuk masa depan kita, aku pasrah... semoga kau berjaya juga untuk dua lagi projekmu pada masa akan datang.... kudoakan yang terbaik untuk kau.....
Friday, November 13, 2009
rasionalkah cinta?
rasionalkah pilihanku?
merinduimu kamu....
rasionalkah tindakan ku?
saban hari menantikan kamu....
rasionalkah penantianku?
justeru rasionalkah aku menyintai kamu?
rasionalkah?
bumi disimbah gerimis.......
bagai gerimis singgah membasahi bumi...
sesaat terasa rindunya....
sesaat terasa pilunya...
aduhai sang mentari...
cepatlah muncul di balik awan...
jgn biar gerimis menyimbah lagi....
kerana hatiku berlagu sedih....
biar kuusir dedaun yang kering...
namun angin yang bertiup...
membawamu kembali....
begitukah sifatnya kenangan...
meski tak ku pinta, ada ketikanya kau melintas jua di ruangan mata...
Wednesday, November 4, 2009
dulu dekat, kini jauh....
aku ingin kembali ke saat aku ada dgn kamu...
tidak pernah aku peduli ia waktu suka atau duka...
yang penting saat itu aku bersama kamu...
tentu bunyinya seperti aku pentingkan diri...
seolah-olah mahu mencengkam kehidupanmu di bawah pemerhatianku...
tidak...
jgn tafsirkan aku begitu...
kerana ia bukan seperti yang difikirkan...
entah bagaimana bersamamu jiwaku tenang...
kusutku bagai tiada...
hati bagai berlagu riang...
seperti burung terbang lepas di awan...
namun aku akur ada masanya kau perlukan ruang privasymu...
dan kini...
aku berikan ruang itu secukup-cukupnya buat dirimu dan diriku juga...
semoga ruang itu buat cinta yang dahulunya dekat di mata kita....
kian dekat di hati....
sayang kamu.....
Tuesday, October 27, 2009
KALAU LAH BOLEH KAN?
Wednesday, July 15, 2009
selamat hari lahir aku.....
Wednesday, June 17, 2009
Aku skandal...
Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri.....
Jangan disimpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri....
Waktu duka dulu
kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam
ditemani bintang terang
Hancur hati bila kau
undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan daku sendiri....
Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri....
Kecamuk
Aku meraung namun suaraku tidak kedengaran...
Aku nangis namun tiada air mata...
Aku kecamuk..
Mengapa jadi begini...
Kucari salahku lagi..
Di mana....
Kucari cinta di matamu....
Namun yang ada hanya kecamuk...
Pergi jauh...
Tinggalkan aku...
Aku mahu sendiri....
Tiada sayang atau benci...
Aku lebih selesa tanpa rasa...
Jangan tanya ke mana aku...
Aku kecamuk...
Aku tiada jawapan...
Jangan tanya aku....
Aku kecamuk lagi....
Jangan tanya aku...
Kala hatimu juga keliru....
Kerana kita tak akan temui jawapan...
Kerana kita sama....
Kita kecamuk....
Tuesday, June 16, 2009
Always the sun - Richard Durand
In feelings of loneliness
Every breath
As cold as ice
White lies are true painted black
Searching for some light to lead you back
Always the sun
After all
Always the sun
Like a wailing wall
Give me hope
Show some meaning
Always the sun
To strike a chord
Always the sun
To turn the world
Always
Your darkness grows
In feelings of loneliness
Every breath
As cold as ice
White lies are true painted black
Searching for some light to lead you back
Always the sun
After all
Always the sun
Like a wailing wall
Give me hope
Show some meaning
Always the sun
To strike a chord
Always the sun
To turn the world
Always
Tuesday, June 9, 2009
Ku ingin cari haluan...
Disebalik tona tidak sekata....
Ada ketika sukar memahami...
Ada ketika marah....
Ada ketika menangis...
Tapi aku sentiasa percaya...
Dari situ kita lebih mengenali hati budi masing-masing...
Dan dari situ lahirnya warna-warni cinta kita...
Biar ada warna gelap..
Kerana ia memberikan tona yang indah pada abstrak yang kita lakar bersama...
Kita berdiri setelah rebah...
Barulah kita kuat dan tahu cara berdiri dengan betul....
Tuesday, May 19, 2009
Kamu-kamulah Syurgaku...

Malam td aku dapat lagu dari bf aku.. katanya lagu ni ditujukan khas utk aku... Masa dia minat sgt lagu ni act dia belum kenal pun lagi aku.. tapi katanya dia teringin nak buat semua perkara macam dalam lagu tu.. Lepas dia kenal aku, dia tau akulah insan itu.. yang menjelma dari sebuah impian.. katanya dia hidup bagai di awang-awangan... cintaku buat dia rasa bahagia.. syukur kerana aku, dia bahagia dan kerana Dia... aku juga bahagia bersamu.. tq beb sebab awk selalu berada dekat dengan saya.. di mata juga di hati....
Tahukah kamu kuciumimu
di saat terlelap
tahukah kamu kudekap kamu
saat kamu bermimpi
Tahukah kamu ya cuma kamu
pemilik hatiku
tahukah kamu hatiku ini
adalah hatimu
Tahukah kamu di setiap tidurku
ku kagumi wajahmu
nanti kau kan tahu
nanti kau dengar bahwa aku begitu
Kamu, kamu adalah surga yang ada
dalam hidupku dalam kenyataanku
kamu, aku adalah penghuni surga
ucapkan salam pada hidup dan mati
Tahukah kamu saat kamu menangis
adalah air mata ku yang jatuh berlinang
tahukah kamu saat kamu tersakiti
adalah aku yang pertama terluka
Tahukah kamu ya cuma aku
yang punya cinta untukmu
tahukah kamu ya cuma aku
yang rela mati untukmu...
Friday, May 1, 2009
Cara Kita Mungkin Ada Bezanya...
Pilu... Kesal... Sedih... lalu akhirnya menangis....
Kerana kau diam...
Kerana kau tidak bersuara....
Kerana kau tiada....
Aku menangis.............................
Ada perasaan risau yang bersarang di jiwa...
Jangan kau peduli....
Ohhh tidakkk....
Kerisauan ini hanya kerana bayangan masa lalu....
Dia hanya tinggal dalam lipatan kenanganku...
Ada masanya teringat...
Bayang semalam melintas lalu...
Aku senyum...
Ada ketikanya terpaksa menahan getar sebak...
Jangan salahkan aku kerana aku teringat...
Jangan marahkan aku kerana aku teringat...
Jangan kau curigakan aku kerana aku teringat...
Tiada sisa cinta...
Yang tinggal hanya kenangan...
Mungkin manis... mungkin juga pahit....
Jangan salahkan aku kerana teringat masa silamku...
Kerana masa silam itu banyak mengajar aku utk jadi lebih dewasa....
Masa silam itu adalah hakku....
Hak mutlakku...
Tiada siapa berhak menahan aku dari mengingatinya...
Kerana masa silamku itu teman...
Saat aku sendiri.....
Jangan halang perjalananku...
Seperti mana aku tidak pernah menghalang perjalananmu...
Ikut kaki dan langkahmu...
Atur ia penuh girang...
Jangan pandang aku di belakangmu....
Kerana kau mungkin akan kesal dan rasa bersalah....
Buatlah apa sukamu...
Dan aku akan lalui hariku sama seperti semalam....
Aku akan jadi temanmu yang setia...
Menantimu dengan sabar dan berlapang dada....
Kerana cara kita tidak sama....
Aku dengan caraku dalam menilai erti cinta...
Dan kau dengan caramu...
Memahami apa itu cinta.....
Tuesday, April 28, 2009
Syukur
Hari demi hari kita semakin kenal antara satu sama lain. Sikap keterbukaan yang kita praktikkan menjadikan hubungan kita makin akrab. Terima kasih kerana awak menjadi diri awak untuk saya... Sayang awak sgt beb.. malah ia makin bertambah dari sehari ke sehari.... syukur pada-Mu Tuhan atas anugerah yang telah diberikan.. Kau pertemukan aku dan dia... Kau beri aku anugerah itu agar aku belajar untuk menjadi seorang wanita yang lebih baik.. Alhamdulillah.. Sykur pada-Mu...
Saturday, April 11, 2009
Masih kurangkah?
Kenapa?
Ada getaran di sebalik kata-katamu....
Adakah ada yang mengusik hatimu....
Kekhilafan apakah yang aku lakukan....
Atau aku tidak cukup faham akan dirimu...
Terlalu banyakkah kurangnya kasih sayangku ini?
Friday, April 10, 2009
Jatuh Cinta...
Terpaku aku seketika...
Merenung wajahmu tidak berkelip...
Ada sinar cinta di matamu...
Yang membuat aku terkesima....
Bibirmu sukar mengungkap kata indah bak pujangga...
Yang lahir dan terluah hanyalah kejujuranmu dalam berkata-kata...
Aku senang dengan caramu...
Ada masanya aku teringin untuk mendengarnya lagi...
Hakikatnya..
Aku tidak pernah merasa jemu...
Walau selalu bertemu dan mendengar suaramu...
Aku selalu tidak sabar menanti saat-saat itu...
Adakah ini yang dinamakan kemaruk cinta?
Aku jadi rindu walau baru bertemu...
Aku sendiri hairan dengan diriku...
Kenapa dengan aku....
Adakah cinta ini yang membuat aku begini...
Saturday, April 4, 2009
Terusik Hatiku...
Terusik hatiku...
Melayani kerenah si kecil ini...
Buat aku teruja...
Suatu hari nanti...
Aku ingin sekali melengkapi hidupku...
Dengan kehadiran insan kecil...
Yang akan memanggilku dengan panggilan "ibu"
Wednesday, March 25, 2009
Kagum Aku Pada Ciptaan-Nya
Malam tenang...
Kerdip kejora pasti kelihatan..
Aku suka malam...
Kala malam.. aku pasti merenung langit...
Mencari bintang....
Esoknya mentari terbit lagi...
Aku suka melihat sang suria di kaki langit...
Menyinar bagai tersenyum...
Aku suka melihat awan...
Di waktu cuaca terang...
Awan begitu cantik....
Tapi hari ini hujan...
Tiada mentari di ufuk timur...
Tiada kepulan awan di langit cerah...
Kejora juga sepi...
Berlindung di balik kabut malam....
Sepinya begini...........
Friday, March 20, 2009
Kalaulah Engkau Tahu....
Betapa pedih hatiku saat aku melukai hatimu...
Sering aku mengutuk diriku...
Kenapa aku selalu menyalahkanmu...
Sedangkan engkau tidak sengaja melakukannya...
Kenapa aku tidak sabar...
Aku bercakap seoalah-olah hanya aku yang benar....
Egonya aku....
Maafkan aku....
Aku tidak berniat...
Sebenarnya aku takut aku akan ditipu lagi...
Bayang-bayang lepas buat aku sangat berhati-hati...
Walau cuba kukawal...
Namun ada kalanya...
Aku gagal....
Maaf....
Aku tidak sengaja...
Kalaulah engkau tahu..
Aku selalu risau apabila bertemumu...
Tapi bagaimana....
Hatiku diselebung rasa rindu...
Tapi aku selalu takut....
Takut pertemuan kita itu berakhir dengan pertengkaran
Dan semuanya kerana salahku...
Kerana kata-kata atau sikapku yang mungkin bisa membuatkan hati kau terluka...
Kalaulah engkau tahu...
Jiwaku yang rapuh...
Adakalanya tidak tahan dengan gurauanmu...
Dulu ketika kita hanya kawan...
Aku tidak pernah kisah tentang itu semua...
Tapi entah kenapa kini...
Apabila bergelar kekasihmu...
Hatiku cepat benar terasa sehingga sukar untuk kukawal...
Dan ia membuatkan kita bertengkar kerana hal sekecil itu...
Hanya kerana kegagalanku mengawal diri...
Mungkin....
Kerana itu...
Aku selalu terfikir...
Aku tidak cukup baik utk engkau....
Kalaulah engkau tahu...
Andai aku bidadari dari kayangan...
Akan aku payung tubuhmu dari hujan mahupun panas...
Akan aku hampar permaidani dari sutera agar kakimu tidak terasa letih ketika berjalan bersamaku...
Tapi aku hanya gadis biasa....
Aku hanya mampu menjadi diriku...
Yang tidak sempurna ini untuk dirimu....
Kalaulah engkau tahu...
Ketika engkau datang dalam hidupku...
Aku bersyukur dan meminta Tuhan tunjukkan aku jalan yang terbaik utk kita...
Aku takut aku akan mengulangi kesilapan yang sama dan gagal lagi...
Sebenarnya aku terlalu takut...
Aku tidak tahu bagaimana utk menjadi sempurna padamu....
Dan tanpa aku sedar....
Kerana terlalu takut dan kalut...
Rupanya semakin banyak kesalahan yang aku lakukan......
Akhirnya aku pasrah sendiri...
Aku tidak cukup kuat untuk semua ini...
Entahlah...
Hati aku tak cukup baik untuk engkau...
Itu yang aku pasti...
Monday, March 16, 2009
Kepercayaan...
Adakalanya gagal mengawal rasa....
Ada masanya hati dilanda goyah...
Dan ada ketikanya curiga bertamu.....
Masa silam yang kelam...
Ada ketikanya membuatkan kita terlalu berhati-hati...
Takut sejarah lama akan berulang...
Walau hati percaya...
Bukan semua insan itu diciptakan sama....
Tapi....
Kepercayaan ini tidak mungkin goyah...
Andai setiap perlakuan kena caranya...
Andai setiap bicara itu tiada pertikaiannya...
Mana mungkin ada secalit resah dan pertanyaan di dasar hati...
Aku juga sama...
Manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan...
Tiada bezanya antara kita...
Biarlah kita saling mengingati sesama kita...
Kepercayaan yang kita bina hari ini...
Besar maknanya pada masa hadapan....
Sunday, February 15, 2009
Selamat Ulang Tahun Sayang.....
Saturday, February 7, 2009
Akulah Gadis Itu...
Akulah gadis itu...
Yang kau tinggalkan...
Di sebuah teratak usang...
Di pinggir sawah yang terbentang luas...
Akulah gadis itu...
Yang berdikari di atas kakiku sendiri...
Berlari...
Adakalanya berhenti...
Melepas lelah...
Juga kesunyian...
Kerana aku berlari seorang diri...
Akulah gadis itu...
Yang kau peluk setelah 12 tahun kau biar sendirian...
Aku hanya membisu...
Membalas pelukanmu...
Namun jiwaku nyata kosong...
Akulah gadis itu...
Mengejar pelangi selepas hujan...
Berteleku di tepi pantai melihat mentari rebah di kaki langit...
Akulah gadis itu...
Yang merenung bintang kejora di malam sepi...
Akulah gadis itu...
Yang tersenyum walau jiwa menangis...
Yang ketawa walau hati pedih...
Yang diam bila hati tersentuh...
Akulah gadis itu...
Yang kau tinggal di teratak sepi di pinggir sawah...
Akulah gadis itu...
Yang pada mata kasarnya hampir sempurna...
Namun,
Akulah jua gadis itu...
Yang berseri namun tiada kemilaunya...
Yang jiwanya kosong....
Hati penuh tanda tanya...
Akulah gadis itu...
Yang pernah bermain seorang diri di waktu kecil...
Yang kesepian...
Friday, February 6, 2009
Kampung halamanku...


Tempat jatuh lagikan dikenang... Inikan pula tempat bermain...
Setiap kali pulang ke kampung, aku paling suka kalau dapat melihat langit yang cantik... kalau tidak dapat dipotretkan melalui lensa kamera, cukuplah jika dapat mengamatinya seketika di kala mentari terbit mahupun tatkala hampir melabuhkan tirainya...
Friday, January 30, 2009
Lagu untukmu....
Aku paste lagu ni utk dia yang bernama Ranifaisul Khazrul Mohd Rantham...
Teruntukmu hatiku inginku bersuara
Merangkai semua tanya
Imaji yang terlintas
Berjalan pada satu
Tanya selalu menggangguku
Seseorang itukah dirimu kasih
Kepada yang tercinta
Inginnya ku mengeluh
Semua resah di diri
Mencari jawab pasti
Akankah seseorang yang kuimpikan kan hadir
Raut halus menyelimuti jantungku
Cinta hanyalah cinta
Hidup dan mati untukmu
Mungkinkah semua tanya
Kau yang jawab
Dan tentang seseorang
Itu pula dirimu
Ku bersumpah akan mencinta
Wednesday, January 14, 2009
Insan Kesayanganku....
Jenakanya buat aku tersenyum apabila bersendirian..
Selalu aku dilayani bagai sang puteri...
Bahagianya kalau selalu begini....
Walau sesaat berpisah, aku mulai rindu...
Tatkala melihat wajahnya...
Melihat senyuman di bibirnya...
Aku seperti orang gila bayang...
Aku ingin dan terus ingin melihatnya...
Tanpa sesaat dia jauh dariku...
Namun dia juga manusia biasa...
Dia bukan manusia sempurna yang bisa mengadakan semuanya...
Dia bukan manusia maksum tanpa sebarang kekhilafan...
Malah hakikat itu telah lama aku terima...
Sebelum dia kupilih sebagai "lelakiku"..
Kerana aku sedar....
Tiada manusia yang diciptakan cukup segala2nya....
Semakin lama bersama...
Semakin aku kenal siapa dia...
Kejujurannya buat aku kagum...
Siapakah manusia yang sanggup membuka pekung di dada?
Tapi dia sanggup demi sebuah hubungan yang suci...
Katanya biar aku buat keputusan....
Memilih untuk bersama atau pun tidak...
Dan aku.....
Memang aku keliru ketika itu...
Antara sebuah prinsip dan nilai kemanusiaan....
Walau aku gadis yang penuh syarat dan adakalanya sangat sukar untuk difahami...
Namun jiwaku juga tulus dlm menilai sebuah kasih syg...
Sememangnya sudah aku fikirkan hal ini sebelum dia berterus terang...
Aku tau, dia x tahu yang aku tahu....
Aku menilainya dari jauh....
Bukan aku serkap jarang....
Jauh sekali mahu menuduh...
Dan ternyata apa yang aku fikirkan....
Memang satu hakikat...
Tapi...
Memarahi dan menuduhmu tentang sesuatu yang "besar begini" bukan caraku...
Mungkin kau perlu ruang utk itu...
Tanpa kuduga....
Kau jujur meluahkannya pada suatu hari...
Dan aku....
Aku tidak terkejut...
Yang aku tahu....
Kasih syg ini tidak pernah membuatkan aku buta....
Dan untuk seorang lelaki yang jujur sepertimu....
Mengapa perlu terlalu menyanjung sebuah prinsip yang aku sendiri ciptakan?
Kenapa tidak aku berikan dia peluang utk merubah dirnya....
Dan ya, itu yang aku lakukan....
Aku sukakan dia...
Aku sayangkan dia...
Aku harap dia akan jadi insan kesayanganku sampai bila2...
Insya-Allah
Monday, January 12, 2009
Terima Kasih

Capsyen :
"My rani.."
Ni dalam kereta waktu kitorang otw nak g ke strawberi farm...
Ada yang lebih hebat tapi xpe lah... biarlah menjadi koleksi kami shj.. starawberi farm kat Cameron Highland ni memang best. Bagi penggemar buah tersebut, di sini anda boleh mendapatkan buah beriklim sejuk ini dengan harga yang murah and sgt fresh.. manis.. serious!
3 hari dua malam berada di Cameron Highland buat aku rasa syg nak meninggalkan tempat sejuk ni.... Yang pasti, pengalaman memetik strawaberi sambil menikmati kemanisannya adalah pengalaman yang tidak akan aku lupakan... Dan yang paling bahagia, tentunya apabila menerima ros dari yang tersayang.. TQ dear.. i really love rose... Hakikatnya kalau dia kasi bunga lain pun, aku akan tetap happy jugak.. Pendek kata xkisah la apa pun pemberian dari dia, murah atau pun mahal, ia sudah cukup buat aku rasa dihargai... TQ....
"Terima kasih beb untuk percutian kita.. Ia akan menjadi memori terindah di awal tahun 2009 ni.... " quote to My Ranifaisul Khazrul Mohd Rantham...
Thursday, January 1, 2009
Demi......
Zainap Salleh
&
Puan Zainap,
Dia wanita hebat....
Penuh dengan sikap sabar....
Tidak pernah kurang dengan kasih syg...
Malah kasih sygnya umpama air di kali....
Tidak pernah kering walau dunia hebat di landa kemarau....
Cintanya bagai baja yangmenyuburkan aku...
Sehinggalah aku jadi seorang gadis seperti hari ini...
Terima Kasih...
Siapakah dia RaniFaisul Khazrul?
Di mata kalian, dia mungkin hanya lelaki biasa....
Tapi dialah insan yang datang saat aku sepi....
Menghulurkan tangan saat aku hampir rebah....
Terima kasih kerana itu....
Aku sangat menghargainya...
Kau buat aku rasa kuat...
Ternyata aku bukan sendiri di sini...
My Rani...
Sememangnya pada awal perkenalan kita...
Berat sungguh rasa hatiku...
Bukan aku tidak suka..
Sebenarnya aku tidak betah apabila berhadapan denganmu...
Aku khuatir...
Aku bukan gadis cantik dan mulus!
Jauh sekali seperti gadis impianmu...
Aku masih ingat katamu pada suatu petang...
Ketika itu kita hanya berteman..
Atau lebih tepat aku kekasih kepada teman baikmu... (waktu tu la..)
Katamu.. "suri impianku gadis tinggi lampai... lagi langsing"
-sedang tinggiku hanya 1.64 meter, ukuran badanku.. hmm rahsia.. ahaks
Langkah tersusun penuh sopan..
-aku? hmmmm kasar jek... huhuh
Wajahnya cantik lagi ayu...
-alamak! part ni lagi la xleh blah.. memang aku xcantik apatah lagi la ayu.. aduh!
Budi bicaranya lembut menusuk sanubari...
-aku ni xde la xlembut cuma mungkin tidak cukup pandai mengambil hati org.. Tu yang nampak aku kasar ckit.. Tapi xsalahkan aku jadi diri sendiri.. hmmmm
Katamu lagi, suri itu persis Dian Sastrowardoyo...
Dan aku mula rasa rendah diri ketika itu...
Tapi "x apalah" kataku dalam hati...
Kerana aku hanya seorang teman...
Tidak mungkin dalam berteman juga kau memilih ratu...
Lantas aku tidak pernah mengambil pusing kata-katamu...
Jauh di sudut hati aku hanya mendoakan...
Semoga kau temui dewi hatimu...
Namun kini katamu...
Aku lebih dari teman dalam hidupmu...
Aku jadi kelu seketika...
Salah pendengarankah aku?
Bukankah aku tidak sama seperti gadis dambaanmu....
Aku hanya gadis biasa....
Seorang gadis kampung yang datang ke kota kelahiranmu untuk mencari rezeki...
Hanya kerana sebuah cita-cita dan impian ibunda tercinta..
Aku bertahan di sini...
Walau dugaan kota ini adakalanya sukar kuhadapi seorang diri...
Namun aku tekad....
Kata emak...
"Adik satu-satunya harta mak dalam dunia ni.."
Sayu hatiku mendengar ungkapan tulus emak...
Aku tahu...
Walau aku hanya anak angkat....
Emak begitu sygkan aku...
Sungguh jasa emak tidak mampu kubalas hanya dengan wang bulanan yang aku kirimkan....
Malah apa jua yang aku lakukan...
Ia tidak akan dapat membalas jasa seorang ibu...
"Adik syg mak"
Namun adakalanya kerjaya ini membataskan segalanya...
Aku terpaksa menerima banyak kehilangan hanya kerana cita-cita gila ini....
Aku kehilangan masa-masaku dengan emak saat dia rindukan aku...
Aku kehilangan org yang aku sayang suatu masa dulu hanya kerana aku memilih kerjaya yang penuh dengan dunia hipokrasi ini..
Aku kehilangan masa bersama teman2 rapatku...
Malah yang paling nyata..
Aku kehilangan masa untuk diriku sendiri juga....
Namun, kukuatkan hati ini...
Inilah cita-cita dan kerjaya yang aku impikan..
Aku sukakan cabaran..
Kerana cabaran buat aku tambah kuat....
Lantas...
Aku tekad sekali lagi.....
Demi itu, aku rela berkorban...
Lantas,
Demi seorang ibu...
Demi sebuah cita-cita...
Dan demi seorang lelaki bernama RaniFaisul Khazrul...
Aku akan jadi manusia yang kuat...
Penuh sabar...
Dan penuh kasih syg...
Itu yang pasti....
Terima kasih kepada semua...
Kepada Puan Zainap Salleh (ibunda)
En RaniFaisul Khazrul Mohd Rantham (bf aku lah)
Kamu ada dalam hati ini....
