bolehkah aku katakan cita2 mu itu gila? hakikatnya aku sendiri tidak tahu bagaimana harus aku mengklasifikan cita2 mu itu... mungkin gila kerana semuanya dilakukan dengan terlalu pantas... atau mungkin aku manusia yang tidak tahu bersyukur kerana perjalanan mudah itu nanti utk masa depan kita juga...
aku kenali kau seorang lelaki yang penuh dengan cita2. malah kau sentiasa bekerja keras utk cita2mu.. kau bekerja dan belajar waktu itu.. aku kagum dengan kau... masa utk kau berehat sgt terhad.. tapi kau curi2 juga utk date dgn aku.. heheh... itu aku tahu... manis sekali saat itu.. namun di hatiku terdetik, kesian kau.. kau hanya ada satu jasad, tapi terpaksa mengagih-agihkannya untuk banyak perkara...aku tahu kau juga penat namun kau jarang sekali merungut ketika aku minta kau temani aku ke mana-mana.... tq beb kerana dalam tempoh setahun itu, kau memberikan sepenuh masamu utk aku....
dan kini kau sibuk dgn cita2 gilamu.. kenapa mesti aku katakan ia cita2 gila.. kerana kau melakukan sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal fikirku.. suatu ketika dahulu, aku kira kau akan terus dengan dunia engineeringmu, tapi tak kusagka kau singgah ke dunia perniagaan yang kau sendiri tidak ada pengalaman itu... kau kata, kau berani menanggung risiko itu.. aku diam seketika... kau dan rakan karibmu, syauki, buat aku gila seketika.. apatah lagi, ini semua ideamu....
saat itu, yang terdetik di hatiku, cuma kerisauan... memulakan sesuatu yang baru ini, bermakna kau mencagarkan masa depanmu, kau akan kehilangan pekerjaanmu, kau menangung risiko dalam persahabatanmu kerana menjadi rakan perniagaan, kau terpaksa berkejar dgn masa,jauh lebih hebat dari setahun yang lalu.. aku khuatir kau tak mampu melakukan yang terbaik dalam hidupmu....
tapi kau yakinkan aku.. katamu kau yakin dengan usahamu.... tidak ada apa2 buruk yang akan berlaku melainkan kau meminta aku memahami, kau mungkin tidak akan punya masa yang lebih untuk aku lagi...waktu itu, entah kenapa aku rasa sedikit terkilan... padaku, semuanya masih belum berlaku, kenapa perlu menakutkan aku?
kini, setelah beberapa bulan bermula, dan esok perniagaanmu akan bermula.. benar katamu, kalau tidak mencuba, kita tidak akan tahu apa hasilnya.. dan aku melihat sendiri hasil kerja kuatmu selama ini... tahniah sayang kerana berjaya dalam cita2 gilamu ini...
aku mungkin bukan manusia yang terlalu tabah untuk menahan kesunyian ini.. namun demi kamu dan cita2mu untuk masa depan kita, aku pasrah... semoga kau berjaya juga untuk dua lagi projekmu pada masa akan datang.... kudoakan yang terbaik untuk kau.....
No comments:
Post a Comment