Monday, November 30, 2009

Terpaksa tp Akhirnya Suka...........

28 Nov 2009

aku ni pada zahirnya memang nampak keras, aku x malu menunjukkan aku x suka, ada ketika aku diam menunjukkan protes, ada masanya juga wajahku kelat tanpa secalit senyuman...

namun aku tetap wanita yang halus hatinya... yang mudah marah, mudah juga reda.. yang mudah merajuk, namun cepat tersenyum kembali, yang cepat bertindak terburu tapi cepat menginsafi...

aku wanita itu, yang mula jatuh hati dgn keluarga kecilmu dalam keterpaksaanku menemui mereka.. hakikatnya bukan terpaksa maksudnya aku tidak suka.. cuma ada sekelumit perasaan malu di hatiku.. mungkin kamu faham, tapi kamu mahu aku membiasakannya...

terima kasih kerana memaksa aku... kerana akhirnya aku suka dgn keluarga kecilmu itu... kalau kamu tidak memberi peluang itu, mustahil sekali aku dapat mengisi masa senggangku dgn adikmu.. berjalan2 kemudian menonton wayang d klcc... dia manis orgnya walaupun agak keras.. teringat aku dulu.. rasanya sebaya itu, aku juga keras seperti adikmu.. cuma dia lebih naif berbanding aku... hehehe.... gadis yang hidup di kuala lumpur tapi tidak pernah diberi peluang menonton walaupun berusia 16 tahun... bagiku dia sgt naif... tapi aku suka, dia keras tapi ada lembutnya.. buktinya melalui sms2 yg dihantarnya pada ku....

ibu dan ayahmu juga sgt perhatian orgnya.. syukur... walaupun ini bukan kali pertama bertemu mereka tapi kali ini, aku lebih selesa dan banyak berbual dgn mereka... hampir juga tersasul aku memanggil ibumu dgn panggilan "ibu".. nasib baik segera kutahan dari melepasi bibirku.....

thanks beb.... krn memberi penghargaan mengenali ibu, ayah dan nurul.....

No comments: