Demi......
Zainap Salleh
&
RaniFaisul Khazrul Mohd Rantham...Zainap Salleh
&
Puan Zainap,
Dia wanita hebat....
Penuh dengan sikap sabar....
Tidak pernah kurang dengan kasih syg...
Malah kasih sygnya umpama air di kali....
Tidak pernah kering walau dunia hebat di landa kemarau....
Cintanya bagai baja yangmenyuburkan aku...
Sehinggalah aku jadi seorang gadis seperti hari ini...
Terima Kasih...
Siapakah dia RaniFaisul Khazrul?
Di mata kalian, dia mungkin hanya lelaki biasa....
Tapi dialah insan yang datang saat aku sepi....
Menghulurkan tangan saat aku hampir rebah....
Terima kasih kerana itu....
Aku sangat menghargainya...
Kau buat aku rasa kuat...
Ternyata aku bukan sendiri di sini...
My Rani...
Sememangnya pada awal perkenalan kita...
Berat sungguh rasa hatiku...
Bukan aku tidak suka..
Sebenarnya aku tidak betah apabila berhadapan denganmu...
Aku khuatir...
Aku bukan gadis cantik dan mulus!
Jauh sekali seperti gadis impianmu...
Aku masih ingat katamu pada suatu petang...
Ketika itu kita hanya berteman..
Atau lebih tepat aku kekasih kepada teman baikmu... (waktu tu la..)
Katamu.. "suri impianku gadis tinggi lampai... lagi langsing"
-sedang tinggiku hanya 1.64 meter, ukuran badanku.. hmm rahsia.. ahaks
Langkah tersusun penuh sopan..
-aku? hmmmm kasar jek... huhuh
Wajahnya cantik lagi ayu...
-alamak! part ni lagi la xleh blah.. memang aku xcantik apatah lagi la ayu.. aduh!
Budi bicaranya lembut menusuk sanubari...
-aku ni xde la xlembut cuma mungkin tidak cukup pandai mengambil hati org.. Tu yang nampak aku kasar ckit.. Tapi xsalahkan aku jadi diri sendiri.. hmmmm
Katamu lagi, suri itu persis Dian Sastrowardoyo...
Dan aku mula rasa rendah diri ketika itu...
Tapi "x apalah" kataku dalam hati...
Kerana aku hanya seorang teman...
Tidak mungkin dalam berteman juga kau memilih ratu...
Lantas aku tidak pernah mengambil pusing kata-katamu...
Jauh di sudut hati aku hanya mendoakan...
Semoga kau temui dewi hatimu...
Namun kini katamu...
Aku lebih dari teman dalam hidupmu...
Aku jadi kelu seketika...
Salah pendengarankah aku?
Bukankah aku tidak sama seperti gadis dambaanmu....
Aku hanya gadis biasa....
Seorang gadis kampung yang datang ke kota kelahiranmu untuk mencari rezeki...
Hanya kerana sebuah cita-cita dan impian ibunda tercinta..
Aku bertahan di sini...
Walau dugaan kota ini adakalanya sukar kuhadapi seorang diri...
Namun aku tekad....
Kata emak...
"Adik satu-satunya harta mak dalam dunia ni.."
Sayu hatiku mendengar ungkapan tulus emak...
Aku tahu...
Walau aku hanya anak angkat....
Emak begitu sygkan aku...
Sungguh jasa emak tidak mampu kubalas hanya dengan wang bulanan yang aku kirimkan....
Malah apa jua yang aku lakukan...
Ia tidak akan dapat membalas jasa seorang ibu...
"Adik syg mak"
Namun adakalanya kerjaya ini membataskan segalanya...
Aku terpaksa menerima banyak kehilangan hanya kerana cita-cita gila ini....
Aku kehilangan masa-masaku dengan emak saat dia rindukan aku...
Aku kehilangan org yang aku sayang suatu masa dulu hanya kerana aku memilih kerjaya yang penuh dengan dunia hipokrasi ini..
Aku kehilangan masa bersama teman2 rapatku...
Malah yang paling nyata..
Aku kehilangan masa untuk diriku sendiri juga....
Namun, kukuatkan hati ini...
Inilah cita-cita dan kerjaya yang aku impikan..
Aku sukakan cabaran..
Kerana cabaran buat aku tambah kuat....
Lantas...
Aku tekad sekali lagi.....
Demi itu, aku rela berkorban...
Lantas,
Demi seorang ibu...
Demi sebuah cita-cita...
Dan demi seorang lelaki bernama RaniFaisul Khazrul...
Aku akan jadi manusia yang kuat...
Penuh sabar...
Dan penuh kasih syg...
Itu yang pasti....
Terima kasih kepada semua...
Kepada Puan Zainap Salleh (ibunda)
En RaniFaisul Khazrul Mohd Rantham (bf aku lah)
Kamu ada dalam hati ini....
No comments:
Post a Comment