Friday, May 1, 2009

Cara Kita Mungkin Ada Bezanya...

... Sunyi...
Pilu... Kesal... Sedih... lalu akhirnya menangis....
Kerana kau diam...
Kerana kau tidak bersuara....
Kerana kau tiada....
Aku menangis.............................
Ada perasaan risau yang bersarang di jiwa...

Jangan kau peduli....
Ohhh tidakkk....
Kerisauan ini hanya kerana bayangan masa lalu....
Dia hanya tinggal dalam lipatan kenanganku...
Ada masanya teringat...
Bayang semalam melintas lalu...
Aku senyum...
Ada ketikanya terpaksa menahan getar sebak...

Jangan salahkan aku kerana aku teringat...
Jangan marahkan aku kerana aku teringat...
Jangan kau curigakan aku kerana aku teringat...
Tiada sisa cinta...
Yang tinggal hanya kenangan...
Mungkin manis... mungkin juga pahit....
Jangan salahkan aku kerana teringat masa silamku...
Kerana masa silam itu banyak mengajar aku utk jadi lebih dewasa....

Masa silam itu adalah hakku....
Hak mutlakku...
Tiada siapa berhak menahan aku dari mengingatinya...
Kerana masa silamku itu teman...
Saat aku sendiri.....
Jangan halang perjalananku...
Seperti mana aku tidak pernah menghalang perjalananmu...

Ikut kaki dan langkahmu...
Atur ia penuh girang...
Jangan pandang aku di belakangmu....
Kerana kau mungkin akan kesal dan rasa bersalah....

Buatlah apa sukamu...
Dan aku akan lalui hariku sama seperti semalam....
Aku akan jadi temanmu yang setia...
Menantimu dengan sabar dan berlapang dada....
Kerana cara kita tidak sama....
Aku dengan caraku dalam menilai erti cinta...
Dan kau dengan caramu...
Memahami apa itu cinta.....

No comments: