Pernahkah kau terfikir berapa dalam cintaku? Atau sesekali berenang ke dasar hatiku melihat di mana letaknya namamu... ya...mungkin ia tidak pernah tercapai dek akalmu... atau mungkin cara kau menghargaiku tidak sama dengan cara aku menghargaimu...
Kau sering mengatakan bahawa lambang cintamu itu lebih pada perbuatan... ya, dan aku.. nilai cintaku ialah pada hati... di mana kau aku letakkan pada suatu sudut, jgn ada siapa merosakkan kau.. akan ku jaga kau sehingga ke akhir hayatku...
Ya, kita manusia berbeza.. seringkali kau katakan, perbezaan itu yang menyatakukan kita.. tapi mungkin juga kau terlepas pandang..
Perbezaan itu juga adakalanya buat kita sakit... perbezaan itu buat kita marah.. perbezaan itu buat kita berkecil hati.. dan ada juga masanya perbezaan itu buat kita mahu melafazkan kata "cukup!".....
Termenung aku seketika di ruang malam yang kabut, memerhatikan diri sendiri yang sedang berteleku.. mengapa wajahku kusam dan mukaku sembab? Mataku merah bagai saga... kenapa ada titis air mata yang mengalir... bukankah ini pilihanku? aku tidak pernah sesal tentang pilihanku.. cuma entah mengapa, aku termenung di birai katil begini.... kecewakah aku?
Aku teringat kata mak... perempuan itu umpama halusnya kulit mentimun... digolek terluka, menggolek pun terluka... justeru mengalah lebih baik... benar, kata mak ada betulnya.. malah kata kau juga,tak kan semua benda hendak kita pertikaikan, ada masanya perlu bertolak ansur, 'bersikap lebih kurang' katamu...aku akui bertoleransi itu bagus untuk sesebuah hubungan..
Malah aku kira aku juga masih bertoleransi dalam banyak perkara... cuma ada perkara pada asalnya aku membantah,kemudian baru bersetuju... ya, itu perkara biasa.. sekurang-kurangnya aku tidak hipokrit, di luar cakap ya tp dalam memberontak...
Cuma kini, rasanya aku bagai terlalu baik... selalu mengalah dan memberi ruang.. walaupun tembok kesabaranku ditumbangkan, aku masih bisa tersenyum... aku masih bisa kembali ketawa bagai tiada duka.... mengapa aku jadi begini? lupakah aku pada prinsip?
Mungkin untuk menjadi manusia keras seperti dulu, aku sudah tidak mampu.... yang termampu kini, berdoa dan berdiam diri... semoga suatu hari nanti, kamu temui sinar yang akan menyuluh perjalananmu.. dan aku, mungkin bukan insan selayaknya untuk membantumu..............
No comments:
Post a Comment