Tuesday, September 14, 2010

Kau kuatkanlah....


ku anyam bait cinta... biar ia kukuh dan tidak mudah putus...
kucuba usir resah dan gelisah biar ia tidak membarah...
kucuba...

kucuba lagi jgn ada curiga meracun jiwa..
namun terkadang berjaya juga ia mencengkam sanubari ini...
ya Allah ku bermunajat padamu Tuhan...
jangan Kau rampas kepercayaan yang kusemai...
jgn kau bayangi aku perkara yang tidak-tidak...

walau aku cuba menghindar dari rasa dan luka lalu...
namun ia kerap kali juga datang sehingga aku jadi marah...
marah pada pengkhiatan mereka...
sehingga buat aku sukar menerima hakikat pada hari ini...

ya mungkin juga..
kerana sedikit kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini..
ia bagai menjadi petanda aras yang sepatutnya tidak wujud...

ya Allah...
Kau bimbinglah hatiku jgn terpedaya dari godaan nafsu dan syaitan..
Kau peliharalah ia dari menjadi buta hati..
Kau kuatlah ia agar menjadi seteguh cinta Zulaikha kepada Nabi Allah Yusuf alaihissalam...

Amin....

No comments: