Sunday, February 28, 2010

Bukan mudah.. namun pasti ada jalan......

lewat begini mata masih mahu lelap....... asalnya aku telah menarik selimut.. namun demi kerana berkali-kali terpusing ke kiri dan ke kanan, aku bangun semula.. perut ku berbunyi minta diisi sesuatu.. aku ke dapur, membancuh milo panas dan kini, aku menikmatinya sambil menulis post ini....

apa yang berlaku sepanjang minggu ini bermain di ruang mindaku.....

ya.. kehidupan ini bukan semudah menghafal ABC apabila ketika itu usiamu sudah 18 tahun.. namun hidup ini ranjaunya tanpa dapat kau duga... ia bukan seperti soalan matematik yang boleh kau jawab dengan menggunakan rumus-rumus tertentu... HIDUP, ada masanya senang, ada masanya rumit, malah ada masanya, kamu sendiri tidak mengerti apa perasaanmu ketika itu.... itulah namanya kehidupan... SEMUANYA SUBJEKTIF....

aku kira aku bukan pendengar yang setia... ada ketikanya aku berani membantah bila kurasakan ada yang perlu diperjelaskan melalui perspektif yang berbeza.. itulah aku dan aku tidak mampu untuk menjadi orang lain.. aku tidak mampu untuk menjadi seorang yang hanya perlu mendengar dan mengangguk... cuma... terpulang sama ada pandangan cetekku mahu didengar atau sebaliknya.. kerana pandangan itu hanya percuma dan untuk mengutarakan... takut ada yang terlepas pandang.. itu sahaja...

cuma aku pasti, walau sesukar mana perjalanan ini... langkah pasti diteruskan.. namun ia bukan langkah yang sama seperti semalam lagi.. biarlah langkah itu lebih berani namun tetap hati-hati...

* maaf kerana aku tidak pandai menyejukkan hati apatah lagi memujuk org yang gelisah... namun yang pasti, hati ku sentiasa mahukan yang terbaik buat org sekelilingku............

No comments: