Friday, October 10, 2008

Saat itu....

Saat melihat potretmu bersama si dia.. aku tidak tahu apa perasaan aku ketika itu... adakah aku bersedih atau aku cemburu... atau kedua-duanya.. malah aku tidak pernah bermimpi utk melihat foto itu di depan mataku.. kerana aku kira.... kau tidak mungkin sepantas itu menggantikan aku dengan yang lain...

namun rupanya.. tanggapanku silap...

Kau kini bahagia dengan si dia yang kau syg.. sedang aku... aku hanya dapat mendoakan yang terbaik utkmu.. semoga hubungan itu akan kekal sehingga ke akhir hayat seperti yang pernah kita impikan bersama sebelum ini. namun ketentuan-Nya, tidak ada siapa yang dapat mengubahnya... walau begitu, aku bersyukur kerana sehingga ke hari ini aku masih dapat menghirup udara Tuhan ini dengan hati yang tenang... setenang air di kali... kerana aku percaya.. pasti ada hikmah di sebalik kejadian-Mu Tuhan...

yang nyata...aku masih lagi sendiri.. dan yang nyata juga...aku masih mencari insan terbaik buat menggantikan tempatmu... Insya-Allah.. tapi ia bukan dalam masa sesingkat ini kerana aku masih belum bersedia...

biarlah begini.. melewati senja yang damai sendiri..meski hati rindu untuk mengejar pelangi bersama insan yang teristimewa namun aku sudah tidak sanggup menggadaikan perasaan ini untuk dilukakan... biarlah begini....

kerana aku percaya.. saat itu pasti akan tiba...

dan pintaku.... ikatan itu akan kekal sehingga ke akhirnya....

No comments: