Friday, October 10, 2008

Ketika aku kau lupakan...

Ketika aku kau lupakan...


Aku mula rasa ingin menangis...
Kerana aku rasakan aku keseorangan lagi...

Kenapa mesti aku kau lupakan?
Tak layakkah aku untuk diingati?

Atau mungkin....
Dia lebih istimewa berbanding aku....
Atau mungkin dia hadir dulu sebelum aku...
Atau mungkin dia hadir ketika kau mula melupakan aku...
Dan dia lantas menjadi istimewa dihatimu...
Atau...
Atau banyak lagi...
Aku tak tahu puncanya...

Tapi apa salahku..
Sehingga aku kau lupakan...

Dan...

Ketika aku kau lupakan...
Aku mula menyimpan tekad....
Akan aku menjauh dari hidupmu...
Kerana semakin lama kita bersama...
Aku pasti yang aku akan dilupakan lagi....

Kerana bimbang... saat itu aku mungkin tidak dapat menerima hakikat....
Biarlah aku menjauh dari menjeruk rasa bila masanya tiba utk kau meninggalkan aku...
Kerana rasanya pasti sakit sekali..
Sama seperti hari ini ketika aku kau lupakan...

Ketika aku kau lupakan...

Ingatlah....

Aku tak pernah sesekali terfikir utk melupakanmu...
Cuma adakalanya...
Melupai itu perlu...
Agar kita bebas dari rasa sedih dan kecewa...

Ketika aku kau lupakan....
Izinkan aku mengucapkan selamat tinggal...
Kerana ianya yang terbaik utk kita...
Ketika aku kau lupakan.....

Saat itu....

Saat melihat potretmu bersama si dia.. aku tidak tahu apa perasaan aku ketika itu... adakah aku bersedih atau aku cemburu... atau kedua-duanya.. malah aku tidak pernah bermimpi utk melihat foto itu di depan mataku.. kerana aku kira.... kau tidak mungkin sepantas itu menggantikan aku dengan yang lain...

namun rupanya.. tanggapanku silap...

Kau kini bahagia dengan si dia yang kau syg.. sedang aku... aku hanya dapat mendoakan yang terbaik utkmu.. semoga hubungan itu akan kekal sehingga ke akhir hayat seperti yang pernah kita impikan bersama sebelum ini. namun ketentuan-Nya, tidak ada siapa yang dapat mengubahnya... walau begitu, aku bersyukur kerana sehingga ke hari ini aku masih dapat menghirup udara Tuhan ini dengan hati yang tenang... setenang air di kali... kerana aku percaya.. pasti ada hikmah di sebalik kejadian-Mu Tuhan...

yang nyata...aku masih lagi sendiri.. dan yang nyata juga...aku masih mencari insan terbaik buat menggantikan tempatmu... Insya-Allah.. tapi ia bukan dalam masa sesingkat ini kerana aku masih belum bersedia...

biarlah begini.. melewati senja yang damai sendiri..meski hati rindu untuk mengejar pelangi bersama insan yang teristimewa namun aku sudah tidak sanggup menggadaikan perasaan ini untuk dilukakan... biarlah begini....

kerana aku percaya.. saat itu pasti akan tiba...

dan pintaku.... ikatan itu akan kekal sehingga ke akhirnya....

Wednesday, September 10, 2008

Matahariku...Agnes Monica

Tertutup sudah pintu,
pintu hatiku yang pernah dibuka waktu,
hanya untukmu kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

* berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi

** dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu

dengarkanlah kau matahariku
dengarlah matahariku suara tangisanku

ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku...



Bila dengar lagu ni..aku rasa macam kena lak ngan aku..huhuhuh..ntah lah..mungkin aku juga teringin mengadu nasib pada sang matahari yang pernah menyaksikan kemesraan aku dan dia dulu.. namun kini..aku terpaksa melepaskan dia pergi..sungguh ia bukan diatas kerelaanku... pahit rasanya hari2 ini tanpa dia...

kalaulah matahari dapat menyampaikan khabarnya padaku.. aku insan yang begitu teruja ingin mengetahuinya.. namun malangnya.. matahari tetap bisu... yang mampu matahari lakukan hanya menyinarkan cahayanya untuk aku, dia dan yang lainnya kongsikan bersama... syukur, walau tiada lagi perasaan yang dapat kita kongsikan bersama... sekurang2nya aku tau.. kita masih berkongsikan langit dan awam gemawan yang sama, menghirup udara ciptaan-Nya bersama, berjalan di bumi-Nya.....

cuma 1 yang mungkin kau perlu tahu... sehingga ke hari ini, di mana-manapun aku masih dapat melihat wajahmu... namun aku sedar ia hanya fantasiku... adakalanya di alam sedar..aku masih mencari walau aku tahu... kau xmungkin akan hadir lagi di ruang rinduku ini....

Monday, July 7, 2008

kenangan,pergilah....

semakin kucuba menjauh...semakin dekat ia menghampiriku...kenangan..pergilah..................................... biarkanlah aku dgn duniaku... walau sepi, walau pilu, walau luka... aku xperlukan kenangan manis lalu utk mengubati kesakitan ku ini...aku tidak perlu..kenangan..pergilah....... jgn sakitiku lagi....

Friday, July 4, 2008

Bawalah daku bersama.......

Masa yang berlalu...aku x ingin berpaling lagi...namun mampukah aku? ingatan ini...mampukah aku menghapuskannya....

aku cuba berlari jauh...namun masih ada yang tertinggal di belakang....aku ambil dan bawanya bersama...namun hatiku pula yang terjatuh...aduhai bilakah semuanya akan berakhir?

masa...cepatlah berlalu..... bawalah daku bersama tanpa ada sisa perasaan semalam yang terselit di ranting hatiku... aku ingin melupainya terus.....ya aku ingin melupainya terus..

kerana ingatan ini hanya...

membuat aku terus bersedih....
membuatkan aku menangis......
membuat aku ragu tentang kenapa ia perlu berakhir begini....

dan

membuat aku terus mengharap..dia akan kembali sedangkan....semuanya hanyalah angan2 kosong y xmungkin jadi nyata...

lantaran itu...
masa.......cepatlah berlalu...bawalah daku...

Saturday, June 21, 2008

PeNgErTiAn dan WaKtU....

Pengertian itu memerlukan waktu.... dan apabila waktu itu telah tiba, seseorang itu sudah tidak memerlukan sebarang penjelasan lagi... kerana waktu telah mengajarnya untuk menjadi manusia yang tabah dan redha menerima sebuah hakikat... dan waktu, ia mengajar kita untuk faham...mungkin ada hikmah d sebalik apa yang berlaku.... Insya-Allah....