Tuesday, June 9, 2009
Disebalik tona tidak sekata....
Ada ketika sukar memahami...
Ada ketika marah....
Ada ketika menangis...
Tapi aku sentiasa percaya...
Dari situ kita lebih mengenali hati budi masing-masing...
Dan dari situ lahirnya warna-warni cinta kita...
Biar ada warna gelap..
Kerana ia memberikan tona yang indah pada abstrak yang kita lakar bersama...
Kita berdiri setelah rebah...
Barulah kita kuat dan tahu cara berdiri dengan betul....
Tuesday, May 19, 2009
Kamu-kamulah Syurgaku...

Malam td aku dapat lagu dari bf aku.. katanya lagu ni ditujukan khas utk aku... Masa dia minat sgt lagu ni act dia belum kenal pun lagi aku.. tapi katanya dia teringin nak buat semua perkara macam dalam lagu tu.. Lepas dia kenal aku, dia tau akulah insan itu.. yang menjelma dari sebuah impian.. katanya dia hidup bagai di awang-awangan... cintaku buat dia rasa bahagia.. syukur kerana aku, dia bahagia dan kerana Dia... aku juga bahagia bersamu.. tq beb sebab awk selalu berada dekat dengan saya.. di mata juga di hati....
Tahukah kamu kuciumimu
di saat terlelap
tahukah kamu kudekap kamu
saat kamu bermimpi
Tahukah kamu ya cuma kamu
pemilik hatiku
tahukah kamu hatiku ini
adalah hatimu
Tahukah kamu di setiap tidurku
ku kagumi wajahmu
nanti kau kan tahu
nanti kau dengar bahwa aku begitu
Kamu, kamu adalah surga yang ada
dalam hidupku dalam kenyataanku
kamu, aku adalah penghuni surga
ucapkan salam pada hidup dan mati
Tahukah kamu saat kamu menangis
adalah air mata ku yang jatuh berlinang
tahukah kamu saat kamu tersakiti
adalah aku yang pertama terluka
Tahukah kamu ya cuma aku
yang punya cinta untukmu
tahukah kamu ya cuma aku
yang rela mati untukmu...
Friday, May 1, 2009
Cara Kita Mungkin Ada Bezanya...
Pilu... Kesal... Sedih... lalu akhirnya menangis....
Kerana kau diam...
Kerana kau tidak bersuara....
Kerana kau tiada....
Aku menangis.............................
Ada perasaan risau yang bersarang di jiwa...
Jangan kau peduli....
Ohhh tidakkk....
Kerisauan ini hanya kerana bayangan masa lalu....
Dia hanya tinggal dalam lipatan kenanganku...
Ada masanya teringat...
Bayang semalam melintas lalu...
Aku senyum...
Ada ketikanya terpaksa menahan getar sebak...
Jangan salahkan aku kerana aku teringat...
Jangan marahkan aku kerana aku teringat...
Jangan kau curigakan aku kerana aku teringat...
Tiada sisa cinta...
Yang tinggal hanya kenangan...
Mungkin manis... mungkin juga pahit....
Jangan salahkan aku kerana teringat masa silamku...
Kerana masa silam itu banyak mengajar aku utk jadi lebih dewasa....
Masa silam itu adalah hakku....
Hak mutlakku...
Tiada siapa berhak menahan aku dari mengingatinya...
Kerana masa silamku itu teman...
Saat aku sendiri.....
Jangan halang perjalananku...
Seperti mana aku tidak pernah menghalang perjalananmu...
Ikut kaki dan langkahmu...
Atur ia penuh girang...
Jangan pandang aku di belakangmu....
Kerana kau mungkin akan kesal dan rasa bersalah....
Buatlah apa sukamu...
Dan aku akan lalui hariku sama seperti semalam....
Aku akan jadi temanmu yang setia...
Menantimu dengan sabar dan berlapang dada....
Kerana cara kita tidak sama....
Aku dengan caraku dalam menilai erti cinta...
Dan kau dengan caramu...
Memahami apa itu cinta.....
Tuesday, April 28, 2009
Syukur
Hari demi hari kita semakin kenal antara satu sama lain. Sikap keterbukaan yang kita praktikkan menjadikan hubungan kita makin akrab. Terima kasih kerana awak menjadi diri awak untuk saya... Sayang awak sgt beb.. malah ia makin bertambah dari sehari ke sehari.... syukur pada-Mu Tuhan atas anugerah yang telah diberikan.. Kau pertemukan aku dan dia... Kau beri aku anugerah itu agar aku belajar untuk menjadi seorang wanita yang lebih baik.. Alhamdulillah.. Sykur pada-Mu...
Saturday, April 11, 2009
Masih kurangkah?
Kenapa?
Ada getaran di sebalik kata-katamu....
Adakah ada yang mengusik hatimu....
Kekhilafan apakah yang aku lakukan....
Atau aku tidak cukup faham akan dirimu...
Terlalu banyakkah kurangnya kasih sayangku ini?
Friday, April 10, 2009
Jatuh Cinta...
Terpaku aku seketika...
Merenung wajahmu tidak berkelip...
Ada sinar cinta di matamu...
Yang membuat aku terkesima....
Bibirmu sukar mengungkap kata indah bak pujangga...
Yang lahir dan terluah hanyalah kejujuranmu dalam berkata-kata...
Aku senang dengan caramu...
Ada masanya aku teringin untuk mendengarnya lagi...
Hakikatnya..
Aku tidak pernah merasa jemu...
Walau selalu bertemu dan mendengar suaramu...
Aku selalu tidak sabar menanti saat-saat itu...
Adakah ini yang dinamakan kemaruk cinta?
Aku jadi rindu walau baru bertemu...
Aku sendiri hairan dengan diriku...
Kenapa dengan aku....
Adakah cinta ini yang membuat aku begini...
Saturday, April 4, 2009
Terusik Hatiku...
Terusik hatiku...
Melayani kerenah si kecil ini...
Buat aku teruja...
Suatu hari nanti...
Aku ingin sekali melengkapi hidupku...
Dengan kehadiran insan kecil...
Yang akan memanggilku dengan panggilan "ibu"