Melepaskan kamu melakukan apa yang kamu rasakan sebagai keperluanmu, (aku perlu...)
Menghalang kamu dari pergi lebih jauh, (itu juga aku perlu...)
Di suatu ruang, aku hanya mampu memerhatikan tingkahmu... should I blame my self?
Memberi peluang pada suatu perkara yang tidak disenangi, hakikatnya bukan mudahkan?
Apatah lagi jika ia melibatkan org yang kita sayang... kamu bukan anak kecil yang bisa aku jegilkan mata dan kamu akan berhenti dr melakukannya...
Ahhh ada juga budak kecil yang nakal kan? makin disekat makin menjadi... hmmm
Tapi kamu bukan budak kecil lagi kan sayang?
Kamu cukup dewasa, malah cukup matang dalam menilai apa yang aku perkatakan...
Ruang itu hadiah sementara cuma... yang akan kutarik cukup masanya nanti.. biar aku digelar buruk siku sekalipun, aku x mungkin kesal...
Kerana aku mahu yang terbaik utk kamu, maka sanggup aku ketepikan seketika rasa benci itu... bukan aku tidak sakit... hakikatnya jiwaku merintih......
Kalau ini yang dipanggil pengorbanan, memang rasanya sakit...
Sakit seperti mahu lari dalam hujan dan menangis.. semoga tidak ada yang sedar aku sedang menangis.. kerana di langit, guruh berdentum, bunyi raunganku pasti x kedengaran... air mata yang mencurah juga, sama lajunya dengan air hujan yang menitis di pipi.. alangkah mudah begitu!
Jangan kau kesalkan apa sahaja hasil tulisanku ini, ia hanya luahan hatiku sendiri.. jangan rasa serba salah dan simpati, atau terdetik rasa kecewa buat aku sakit..
Cuma ingat, aku lepaskan kamu dgn syarat, syarat itu yang perlu kau kotakan....
