Tuesday, October 5, 2010

benarkah?

tiada ayat yang ingin dikongsikan.. hanya sebuah persoalan yang tersimpan di ruang hati...

".... benarkah apa yang dikatakan benar itu adalah benar?"

kata orang, dalam dunia serba canggih hari ini, manusia yang penuh kejujuran dan bersikap benar sentiasa itu jarang sekali ditemui... dan kalau ada pun, ia bukanlah diaplikasikan 100 peratus dalam kehidupannya... benarkah begitu?

Tuesday, September 14, 2010

Kau kuatkanlah....


ku anyam bait cinta... biar ia kukuh dan tidak mudah putus...
kucuba usir resah dan gelisah biar ia tidak membarah...
kucuba...

kucuba lagi jgn ada curiga meracun jiwa..
namun terkadang berjaya juga ia mencengkam sanubari ini...
ya Allah ku bermunajat padamu Tuhan...
jangan Kau rampas kepercayaan yang kusemai...
jgn kau bayangi aku perkara yang tidak-tidak...

walau aku cuba menghindar dari rasa dan luka lalu...
namun ia kerap kali juga datang sehingga aku jadi marah...
marah pada pengkhiatan mereka...
sehingga buat aku sukar menerima hakikat pada hari ini...

ya mungkin juga..
kerana sedikit kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini..
ia bagai menjadi petanda aras yang sepatutnya tidak wujud...

ya Allah...
Kau bimbinglah hatiku jgn terpedaya dari godaan nafsu dan syaitan..
Kau peliharalah ia dari menjadi buta hati..
Kau kuatlah ia agar menjadi seteguh cinta Zulaikha kepada Nabi Allah Yusuf alaihissalam...

Amin....

Monday, September 13, 2010

TiaDa TaJuk.. Rasa Jiwa YaNg MaTi

mengapa perlu dizahirkan kekecewaan saat ia mampu disimpan? perlukah ditunjuk rasa yang bergejolakan sedangkan ia nafsu semata yang sifatnya hanya sementara sebelum lenyap disimbah kesabaran...

apa perlunya menitiskan air mata dibirai katil saat sendiri kalau ia hanya menambah runsing di hati? adakah ia cara meluah rasa berbuku di hati?

namun tidakkah hipokrit kalau begini? diam apabila jiwa berteka-teki walau hati bagai dihiris belati? atau bertarung dengan persoalan demi persoalan walau jawabnya, bukan yang diminta... kau persoalkan pula... adakah jawapan atau pemuas hati yang dicari?

hakikatnya keduanya juga bukan... yang dicari adalah sekelumit kejujuran..

kalau kuluahkan dapat ku baca gerak hatimu, pasti ku dicerna penuh syakwasangka.. kalau kubaca sms mu, pasti ku kau kata mencampuri urusan privasymu... kalau kutanya soalan lain dr biasa, katamu soalan ku aneh dan luar biasa (pelik2)... (adakah benar aku manusia yang pelik kerana mengambil tahu demi kesejahteraanmu?)

aku akui manusia itu sifatnya tidak sempurna.. tidak juga aku mengharapkan kesempurnaan darimu... malah aku juga tidak sempurna.. malah tidak mampu menjadi sempurna di matamu seperti mana yang kau impikan.. dan aku juga tahu, kau juga tidak mampu utk berbuat itu demi memenuhi kehendakku...

- wanita ini halus nalurinya (walau ada masanya ia didorong curiga)

- wanita ini sebenarnya lebih sabar dari lelaki walau sejauh mana lelaki itu mengatakan dia sabar

- wanita sebenarnya lebih kuat menyembunyikan perasaannya walau ada masanya dia suka meluahkan

- walau bukan dengan kebendaan dan keringat, wanita itu sifatnya penuh dengan pengorbanan....

-------kata-kataku ini sekadar luahan... namun kuharap ia tidaklah dikesampingkan...

- jgn terlihatkan seperti aku yang meminta kalau kamu memang ingin memberi...

- jgn juga jadikan keinginanmu.. namun perbuatannya bersandarkan diriku... KERANA ruang keikhlasan itu harusnya datang dari hatimu dan disusuli oleh perbuatanmu.. (walau aku jujur menyukainya, namun terdetik juga rasa kecewa....)

- jgn juga kau jadikan kekuranganmu sebagai kesilapanku apabila bibirku lancang bertanya itu dan ini...

bunyi zalim dan mementingkan diri sendiri kerana yang ditegur hanya kau.. yang kurang hanya kau...

suka aku nyatakan di sini, aku juga penuh kekurangan...

aku gagal mengawal emosi bila aku kecil hati, aku mudah terdorong dengan rasa amarahku bila ia melibatkan soal keinginan dan hakku.. aku mudah curiga (itu katamu.. walau ada masanya aku kira, firasatku jarang membohongi aku),aku sering mahu menang kata kau (walau aku sendiri hairan, banyak kali juga aku mengalahkan? mungkin kau tidak sedar), aku sering terburu-buru dalam membuat keputusan, aku sering mengadu walau hal kecil, aku sering merajuk kalau keinginanku tidak dituruti walau sifatnya hanya sementara, aku sering mahu dimanja walau tidak kena masanya... dan banyak lagi kekurangan yang terlupa utk aku catatkan

Wednesday, August 25, 2010

KasiHku Tak KaN BeRuBaH...


Jangan kau hilang punca dan mudah lupa..
Jangan kau gusar lalu berubah...
Jangan kau kecewa pantas mencari damai seketika..
Jangan kau bersedih dan terasa pedih..
Jangan kau putus asa kemudian menyerah...
Jangan kau rasa dilukai meski kau sakit...
.......... jangan kau..

Aku mahu kau yakini dirimu dan tidak hilang punca...
Aku mahu langkahmu yakin tanpa rasa gusar...
Aku mahu kau capai impianmu tanpa merasai erti kecewa
Aku mahu kau gembira dan tidak mengenal sedih...
Aku mahu kau kuat dan tidak berputus asa...
Aku mahu kau rasa dicintai dan bukan dilukai....
.......... aku mahu

"Jangan kau" bersedih sayang KERNA
"Aku mahu" menyatakan sesungguhnya aku benar2 menyintai kamu setulusnya hatiku...

Sunday, August 8, 2010

luka...

jgn kau khianati hatiku.... kerana ia akan hancur tanpa bisa kau rawatnya lagi.......

Wednesday, July 28, 2010

Biar Ku Bukukan Ayat-ayatmu....


Terpaku aku seketika mendengar butir bicara... penuh pengertian nan mendalam... tutur kata azimat, peniup semangat... aku kagum...

Yang lahir hanya ketelusan... bunyinya langsung tidak janggal mahupun aneh.. kata-kata itu berdiri dengan hujahnya yang tepat...

Aku kagum..

Mahu sahaja kurakam semuanya agar bisa ku ulang tayang di masa hadapan.. agar bisa aku tunjukkan pada anak-anak kita nanti...."lihat, ayah kamu romantis dan penuh pengertian.."

Ya, mungkin juga tidak... pesanan itu pantasnya aku semat di hati dan cuba mengaplikasikannya terlebih dahulu untuk diriku...

Tidak perlu ia dijadikan sebagai monumen sejarah.. biar aku sahaja yang jadi model "pengajaran" yang kau berikan itu... aku rela dieksperimenkan... menjadi kanvas putih untuk kau corakkan parasnya..

Kerna aku yakin... kau pasti tidak bakal mencacatkan keputihan ini.. apa lagi menumpahkan tompok hitam noda secara sengaja.. aku kenal kamu... malah aku yakin!

- sayangilah orang tua kita selagi mereka masih ada... lakukan apa yang terbaik untuk mereka.. jangan sampai ada penyesalan kemudian hari...

- balik kampung kalau ada masa... jumpa orang tua selagi mereka masih ada...

- jangan pentingkan diri sendiri... jangan terlalu menghukum seseorang seumpama kita dewa yang tidak akan melakukan kesilapan serupa...

- jadilah manusia yang lebih bertanggungjawab... kerja itu sesuatu yang diamanahkan untuk kita.. maka itu adalah tanggungjawab kita..

- jangan dicampur-adukkan hal kerja dan peribadi...

- jangan campur politik di tempat kerja...

- bersyukur dengan apa yang diberi...

- "Zulfa satu realiti, awak umpama bayang-bayang, dan Rahman umpama bau.... Awak patut bersyukur.. Zulfa memang satu realiti... walau terlindung akan tetap kelihatan... tetapi awak hanya bayang-bayang... apabila ada sinar matahari,maka bayang-bayang pun akan kelihatan.. tapi kalau bau... orang hanya dapat menghidu baunya sahaja... nak disentuh x dapat.. apatah lagi untuk dilihat..."

- tak semua yang kita nak, kita akan dapat...

- ambil masa untuk muhasabah diri sendiri..

Kalau hendak kurakamkan di sini.. rasanya aku tidak punya kemampuan itu.. biar ia kekal di dalam hati... bukan untuk dijadikan sebuah memori.. tetapi untuk diingat dan dipraktikkan selagi punya keupayaan...

Monday, July 5, 2010

Pernahkah Kau Rasa Apa Yang Kurasa............

Pernahkah kau terfikir berapa dalam cintaku? Atau sesekali berenang ke dasar hatiku melihat di mana letaknya namamu... ya...mungkin ia tidak pernah tercapai dek akalmu... atau mungkin cara kau menghargaiku tidak sama dengan cara aku menghargaimu...

Kau sering mengatakan bahawa lambang cintamu itu lebih pada perbuatan... ya, dan aku.. nilai cintaku ialah pada hati... di mana kau aku letakkan pada suatu sudut, jgn ada siapa merosakkan kau.. akan ku jaga kau sehingga ke akhir hayatku...

Ya, kita manusia berbeza.. seringkali kau katakan, perbezaan itu yang menyatakukan kita.. tapi mungkin juga kau terlepas pandang..

Perbezaan itu juga adakalanya buat kita sakit... perbezaan itu buat kita marah.. perbezaan itu buat kita berkecil hati.. dan ada juga masanya perbezaan itu buat kita mahu melafazkan kata "cukup!".....

Termenung aku seketika di ruang malam yang kabut, memerhatikan diri sendiri yang sedang berteleku.. mengapa wajahku kusam dan mukaku sembab? Mataku merah bagai saga... kenapa ada titis air mata yang mengalir... bukankah ini pilihanku? aku tidak pernah sesal tentang pilihanku.. cuma entah mengapa, aku termenung di birai katil begini.... kecewakah aku?

Aku teringat kata mak... perempuan itu umpama halusnya kulit mentimun... digolek terluka, menggolek pun terluka... justeru mengalah lebih baik... benar, kata mak ada betulnya.. malah kata kau juga,tak kan semua benda hendak kita pertikaikan, ada masanya perlu bertolak ansur, 'bersikap lebih kurang' katamu...aku akui bertoleransi itu bagus untuk sesebuah hubungan..

Malah aku kira aku juga masih bertoleransi dalam banyak perkara... cuma ada perkara pada asalnya aku membantah,kemudian baru bersetuju... ya, itu perkara biasa.. sekurang-kurangnya aku tidak hipokrit, di luar cakap ya tp dalam memberontak...

Cuma kini, rasanya aku bagai terlalu baik... selalu mengalah dan memberi ruang.. walaupun tembok kesabaranku ditumbangkan, aku masih bisa tersenyum... aku masih bisa kembali ketawa bagai tiada duka.... mengapa aku jadi begini? lupakah aku pada prinsip?

Mungkin untuk menjadi manusia keras seperti dulu, aku sudah tidak mampu.... yang termampu kini, berdoa dan berdiam diri... semoga suatu hari nanti, kamu temui sinar yang akan menyuluh perjalananmu.. dan aku, mungkin bukan insan selayaknya untuk membantumu..............